Tahap kefahaman pelajar tentang riba hutang / Nurdiana Syazwani Norhadi

Norhadi, Nurdiana Syazwani (2018) Tahap kefahaman pelajar tentang riba hutang / Nurdiana Syazwani Norhadi. Student Project. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Puncak Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPd_NURDIANA SYAZWANI NORHADI ACI B 18_5.pdf

Download (286kB)

Abstract

Islam merupakan agama yang menjaga kemaslahatan umat manusia dengan mensyariatkan undang-undang muamalat dalam kehidupan seharian. Namun, sehingga hari ini riba masih lagi diamalkan dalam pelbagai aktiviti, baik dalam aktiviti jual beli, hutang-piutang, mahupun dalam transaksi-transaksi yang lain. Dalam muamalat (ekonomi Islam), riba bukan sahaja dipandang sebagai sesuatu yang haram untuk dilakukan, malah riba juga merupakan satu perbuatan yang tidak bermoral bagi pelakunya. Pada waktu yang sama, aktiviti berhutang juga sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat moden hari ini. Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang atau membuat pinjaman kewangan terutama sekali bagi tujuan yang melebihi keperluan asas kehidupan kerana agama yang mulia ini menyuruh umatnya menjalani kehidupan secara wasatiyyah atau bersederhana dan mengutamakan sikap qana'ah. Keinginan manusia terhadap kesenangan dunia sememangnya tiada batasan dan sempadan namun keinginan tersebut wajar diseimbangkan dengan keimanan serta penghayatan nilai-nilai murni yang digariskan oleh Islam. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep riba serta mengenalpasti tahap kefahaman pelajar tentang riba hutang. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah temubual. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengharaman riba adalah selaras dengan maqasid syariah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT melalui hukum syariat-Nya bagi menjana maslahah dan menjauhi keburukan kepada pengguna.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Norhadi, Nurdiana SyazwaniUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HG Finance > Banking > Bank loans. Bank credit. Commercial loans
H Social Sciences > HJ Public Finance > Public debts
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)_B
Item ID: 23860
Uncontrolled Keywords: Riba, Qard, Jahiliyah, Nasi’ah, Fadhl, Maqasid Syariah,The Prohibition of Riba
Last Modified: 11 Apr 2019 03:42
Depositing User: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23860

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year