Pembangunan senarai semak untuk mendapatkan data-data sensitif (HSD) dalam penyelidikan / Zurina Md. Nen … [et al.]

Md. Nen, Zurina and Kamarunzaman, Nur Zafifa and Che Soh, Mazlan and Othman, Sarina (2018) Pembangunan senarai semak untuk mendapatkan data-data sensitif (HSD) dalam penyelidikan / Zurina Md. Nen … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (2). pp. 38-52. ISSN 2600-7606

[img] Text
AJ_ZURINA MD. NEN JURIM 18.pdf

Download (34MB)

Abstract

Senarai Semak Highly Sensitive Data (HSD) adalah satu hasil inovasi yang dibangunkan sebagai pelengkap dan pemudah car a kepada kaedah penyelidikan sedia ada. Inovasi ini dilakukan khusus untuk membantu penyelidikyang ingin mendapatkan datayang bersifat sensitif terutamanya apabila ia melibatkan privasi kepada individu mahupun organisasi awam ataupun swasta. Pelbagai sebab menjadikan sesuatu data itu sensitif dan berbentuk rahsia kepada umum. Meskipun boleh diperoleh, usaha untuk mendapatkannya amatlah mencabar. Lazimnya, dalam penyelidikan yang melibatkan HSD, golongan penyelidik akan berhadapan dengan cabaran seperti penyaring maklumat dan pelbagai kerenah birokrasi. Proses ini menjadi lebih sukar apabila penyelidik tidak mempunyai pengalaman tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran ini. Oleh itu, satu keperluan membangunkan satu senarai semak bagi memudahkan proses ini dilihat penting. Proses membangunkan senarai semak ini telah melalui proses kaji selidik atas talian bagi mendapatkan satu senarai yang menyeluruh. Kaji selidik ringkas yang telah dijalankan membuktikan bahawa proses mendapatkan HSD ini berdepan dengan pelbagai kekangan. Akibatnya, proses yang dianggap sukar dan rumit ini membantutkan minat golongan penyelidik untuk terus meneroka data-data penting seterusnya memberi kesan kepada hasil dapatan penyelidikan. Fakta ini telah menjadi asas kepadapenghasilan Senarai Semak HSD. Atas kesedaran ini, satu senarai semak yang komprehensif meliputi tiga fasa penting dalam mengakses HSD telah didokumenkan. Terdapat tiga objektif senarai semak ini, iaitu: (1) menonjolkan cabaran-cabaran dalam mengakses maklumat yang sensitif; (2) mengenal pasti prosedur-prosedur untuk mendapatkan maklumat ini; dan (3) menyediakan senarai semak untuk membantuprosesproses ini. Oleh itu, diharapkan Senarai Semak HSD ini dapat memberi manfaat kepada para penyelidik dari pelbagai cabang disiplin di institusi pengajian tinggi dan juga pihak industri, terutamanya dalam kalangan penyelidik baharu.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsID Num.
Md. Nen, ZurinaUNSPECIFIED
Kamarunzaman, Nur ZafifaUNSPECIFIED
Che Soh, MazlanUNSPECIFIED
Othman, SarinaUNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics > Elementary mathematics. Arithmetic
Q Science > QA Mathematics > Instruments and machines
Divisions: Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 1
Number: 2
Page Range: pp. 38-52
Item ID: 23752
Last Modified: 05 Apr 2019 07:48
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23752

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year