Stail kepimpinan jurulatih aktiviti luar dengan tahap motivasi pelajar / Muhamad Fauzan Hassan, Syed Shahbudin Syed Omar and Raja Mohd Firhad Raja Azidin

Hassan, Muhamad Fauzan and Syed Omar, Syed Shahbudin and Raja Azidin, Raja Mohd Firhad (2011) Stail kepimpinan jurulatih aktiviti luar dengan tahap motivasi pelajar / Muhamad Fauzan Hassan, Syed Shahbudin Syed Omar and Raja Mohd Firhad Raja Azidin. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perkaitan diantara stail kepimpinan jurulatih aktiviti luar dengan tahap motivasi pelajar. Kajian ini juga bertujuan untuk menentukan adakah terdapat perbezaan pada tahap motivasi pelajar mengikut jantina, umur, jenis aktiviti yang diceburi dan tempoh pengajian di UiTM. Seramai 80 orang pelajar aktiviti luar, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, telah dipilih sebagai responden. Alat ukur Leader Behavior Description Questionaire (LBDQ) digunakan untuk mengukur dua dimensi kepimpinan jurulatih iaitu kepimpinan pendayautamaan struktur dan kepimpinan timbang rasa manakala alat ukur A Questionaire of Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT) di gunakan untuk mengukur tahap motivasi pelajar. Bagi mendapat maklumat demografi, para pelajar diminta memberi maklumat seperti jantina, umur, kategori aktiviti dan jangkamasa berada di Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang sangat kuat di antara stail kepimpinan jurulatih dengan tahap motivasi pelajar. Hasil penyelidikan ini dapat disimpulkan bahawa pelajar akan lebih bermotivasi jika jurulatih mengamalkan stail kepimpinan yang tinggi dalam dimensi pendayautamaan struktur dan timbang rasa. Dapatan kajian juga menyokong dapatan penyelidik lain bahawa stail kepimpinan jurulatih masih mempunyai pengaruh ke atas motivasi pelajar.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Hassan, Muhamad Fauzan
UNSPECIFIED
Syed Omar, Syed Shahbudin
UNSPECIFIED
Raja Azidin, Raja Mohd Firhad
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Teaching (Principles and practice)
L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: stail kepimpinan jurulatih aktiviti luar; motivasi pelajar
Date: 2011
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23671
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_MUHAMAD FAUZAN HASSAN RMI 11_5.pdf] Text
LP_MUHAMAD FAUZAN HASSAN RMI 11_5.pdf

Download (4MB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

23671

Indexing

Statistic

Statistic details