Dulang membawa makanan / Aliana Sarlis Alias

Alias, Aliana Sarlis (2005) Dulang membawa makanan / Aliana Sarlis Alias. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Industri penyajian makanan ialah antara industri yang terpenting dalam negara kita. Ini kerana makanan merupakan salah satu keperluan manusia disamipng tempat tinggal. Manusia makan sekurang-kurangnya tiga ke empat kali sehari sebagai contoh makan pagi, tengahari, dan malam, dan kadang kala ada juga makan petang. Ini menunjukkan betapa pentingnya masa makan itu pada manusia. Akibat daripada keadaan zaman sekarang yang serba moden dan mengejar masa, penyelidik ingin mengetengahkan kembali keseronokan semasa makan, serta ingin mengubah pandangan masyarakat yang serba laju ini supaya duduk dan rehat sebentar semasa makan supaya dapat kembali semula pada langkah biasa yang laju dengan pandangan yang segar.
Salah satu produk yang sering dipandang remeh ialah dulang. Pada amnya dulang hanyalah satu produk yang mana selepas digunakan diletakkan ke tepi, tetapi apa yang hendak diketengahkan di sini ialah dulang yang dapat mempengaruhi masa makan kita. Pada reka bentuk dulang sedia ada terdapat beberapa kekurangan yang dapat diperbaiki supaya masa makan kita menjadi semakin ceria. Masalah yang timbul pada dulang sedia ada adalah seperti rekabentuk yang tidak ergonomik dan rekabentuk yang tidak ceria di sebabkan oleh warna dulang. Rekabentuk yang tidak ergonomik boleh menyebabkan pengguna dulang mengalami kecederaan sebagai contoh sakit pada bahagian pergelangan tangan, siku, dan bahu. Selain itu permukaan yang licin pada dulang sedia ada juga boleh menyebabkan pinggan, mangkuk, cawan dan gelas di atas dulang mudah terjatuh. Kajian dibuat untuk mengatasi semua masalah ini dan untuk memberikan keseronokan masa makan pada pengguna dulang.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Alias, Aliana Sarlis
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Arts and crafts movement
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Research Management Institute (RMI), UiTM Cawangan Kedah
Keywords: Penyajian Makanan; Dulang; Ergonomik
Date: 2005
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23621
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_ALIANA SARLIS ALIAS FAD K05_5.pdf] Text
LP_ALIANA SARLIS ALIAS FAD K05_5.pdf

Download (208kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

23621

Indexing

Statistic

Statistic details