Merekabentuk sebuah meja telefon untuk ruang tamu / Salwati Salleh

Salleh, Salwati (2005) Merekabentuk sebuah meja telefon untuk ruang tamu / Salwati Salleh. Research Reports. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
LP_SALWATI SALLEH FAD K05_5.pdf

Download (267kB)

Abstract

Sektor perabot merupakan sektor penting yang dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara ini. Telah banyak kajian saintifik dilakukan bagi menambah dan meningkatkan lagi sektor pembuatan perabot di negara ini. Walaubagaimanapun, jika dilihat secara kasar dari sudut perkembangan sains dan teknologi, penekanan terhadap aspek reka bentuk estetik, ergonomik dan teknikal masih kurang diberi perhatian.Fenomena ini wujud lantaran wujudnya masyarakat yang berpendapat bahawa faktor rekabentuk yang menarik pada sesuatu perabot itu mampu mengatasi kelemahan yang sedia wujud pada perabot yang dihasilkan dari segi rekabentuk estetik,eronomik dan teknikal. Kewujudan masyarakat yang cetak pengetahuan tentang asas rekabentuk juga sering tidak dapat menilai iungsi terhadap sesebuah perabot tersebut. Bahkan iungsi perabot tersebut seharusya dijadikan faktor pemilihan utama telah diabaikan sama sekali lantaran daya tarikan yang kuat terhadap rekabetuknya. Oleh hal yang demikian, inisiatif telah diambil dimana perubahan keatas meja telefon yang sedia ada di pasaran kini haruslah dilaksanakan. Elemen rekabentuk haruslah diberikan penekanan yang serius terhadap rekabentuk meja telefon yang sedia ada dam permasalahan yang sedia wujud dapat diatasi. Rekabentuk yang bersesuaian dengan rekaletak dan saiz ruang juga haruslah dititikberatkan agar ianya bersesuaian apabila digunakan kelek. Perabot sedia ada kurang mementingkan saiz rekabentuk ruang yang menyebabkan saiz meja telefon yang dimiliki kini tidak sesuai dengan saiz ruang letak meja tersebut. Penggunaan bahan yang kurang menarik dengan fungsi dan konsep yang sesuai kurang diadaptasikan semasa penghasilan perabot. Dalam rekaan ini, kombinasi bahan atau material yang berbeza akan di digunakan bagi menampakkan kelainan dan perubahan ke atas meja telefon yang bakal hasilkan. Bahan yang digunakan mestilah bersesuaian dengan konsep yang digunakan iaitu moden kontemporari. Konsep ini mementingkan nilai yang terbaru dari segi bahan dan rekabentuk. Proses penghasilan dari lakaran dan seterusnya proses rekabentuk model adalah langkah yang digunakan untuk mencapai tahap rekaan yang baik. Di dalam proses membuat lakaran, idea dilakar dan dikembangkan bagi mendapatkan idea yang lebih menarik seperti yang telah dikhususkan didalam kenyataan rekaan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Salleh, SalwatiUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus
Item ID: 23509
Uncontrolled Keywords: Perabot; Ekonomi; Rekabentuk; Kontemporari
Last Modified: 19 Mar 2019 01:27
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23509

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year