Alat penghalau binatang / serangga perosak / Adil Reza Shamsuri

Shamsuri, Adil Reza (2004) Alat penghalau binatang / serangga perosak / Adil Reza Shamsuri. Research Reports. Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, Sungai Petani, Kedah. (Unpublished)

[img] Text
PPd_ADIL REZA SHAMSURI AD K 04_5 (1).pdf

Download (211kB)

Abstract

Dalam kajian yang telah saya jalankan berkaitan dengan pertanian sawah padi ,banyak penemuan yang telah diperolehi bagi membantu dalam menghasilkan produk barn untuk membantu pesawah dalam menghadapi masalah binatang dan serangga perosak di sawah padi, yang telah banyak mendatangkan kerugian kepada pesawah di Negara.Selain itu juga, dapat menyahut seruan kerajaan dalam menjadikan sektor pertanian di Malaysia sebagai pertanian moden seiring dengan negara maju yang lain,berteraskan kepada teknologi pertanian masa kini.Bidang sains dan teknologi pertanian di Negara kita masih lagi ketinggalan, ini adalah kerana hasil kajian tidak di komersial dan di pemiagakan. Meskipun banyak penelitian dan penyelidikan yang telah dijalankan dalam bidang ini namun penemuan tidak dikembangkan untuk meningkatkan kualiti produk pertanian Negara. Pertanian sawah padi boleh menjadi sebahagian penyumbang yang besar kepada ekonomi Negara sekiranya kajian yang dijalankan oleh mana-mana pihak dipandang serius. Justeru itu saya telah menjalankan satu kajian yang berkaitan dengan masalah pesawah dalam menghadapi serangan binatang dan serangga perosak disawah padi sepanjang penanaman padi dilakukan.Sehingga kini pesawah masih menggunakan racun sebagai langkah bagi menghadapi makhluk perosak tersebut, penggunaan racun tersebut memberi kesan terhadap kesihatan dan tubuh badan pesawah serta kesan jangka masa panjang. Oleh itu diharap dengan kajian yang telah saya jalankan berkaitan dengan penghasilan produk dengan kombinasi sistem solar dan sistem ultrasonic iaitu sistem gelombang yang dapat manghalau binatang dan serangga perosak daripada merosakkan tanaman padi, dapat membantu pesawah di Negara dalam membantu manghadapi makhluk perosak disawah padi dan masalah lain yang berkaitan dengan penggunaan racun.Dengan ini diharap juga pesawah di Malaysia dapat menghasilkan keluaran padi yang bermutu dan berkualiti tinggi

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Shamsuri, Adil RezaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kedah > Sg Petani Campus > Faculty of Art and Design_K
Item ID: 23445
Uncontrolled Keywords: Pertanian; Pesawah; Komersial; Serangga Perosak; Sawah Padi
Last Modified: 19 Mar 2019 08:10
Depositing User: Perpustakaan Sultan Badlishah UiTM Cawangan Kedah
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23445

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year