Persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) untuk pembelajaran kosa kata Arab/Nabihah Yusof ...[et al.]

Yusof, Nabihah and Baharudin, Harun and Lubis, Maimun Aqsha and Yusoff, Muhammad Saiful Anuar (2018) Persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) untuk pembelajaran kosa kata Arab/Nabihah Yusof ...[et al.]. e-Academia Journal, 7 (2). pp. 66-75. ISSN 2289-6589

[img] Text
AJ_NABIHAH YUSOF EAJ T 18.pdf

Download (1MB)
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...

Abstract

Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) adalah suatu kaedah pembelajaran kosa kata Arab yang dapat mewujudkan suasana pembelajaran interaksi dalam kumpulan pelajar. Kosa kata adalah aspek yang penting dalam pembelajaran bahasa Arab. Terdapat permasalahan yang timbul dalam penguasaan kosa kata Arab antaranya kurang berinteraksi dan prestasi merundum dalam berkomunikasi. Ini disebabkan oleh faktor dorongan persekitaran dalam kalangan pelajar di dalam kelas. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk membincangkan persepsi pelajar terhadap penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) dalam pembelajaran kosa kata Arab. Seramai 50 orang pelajar tingkatan empat yang telah terlibat dalam kajian ini dan instrumen kajian adalah soal selidik berbentuk kuantitatif untuk mendapatkan data. Skala likert lima mata digunakan dalam soal selidik kajian ini. Manakala statistik deskriptif iaitu min dan sisihan piawai digunakan untuk melaporkan hasil dapatan kajian. Hasil kajian mendapati persepsi pelajar terhadap penggunaan penggunaan kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) dalam pembelajaran kosa kata Arab memberi respon positif dengan nilai purata min 4.10. Kesimpulannya, kaedah Bimbingan Rakan Sebaya (BRS) sesuai dilaksanakan sebagai kaedah pembelajaran yang berkesan dan memberi keselesaan kepada pelajar untuk berinterkasi dalam mempelajari kosa kata Arab. Disamping itu, kaedah ini juga dapat meningkatkan dan mengukuhkan tahap penguasaan kosa kata Arab dalam kalangan pelajar.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Yusof, Nabihahnabihahphd@gmail.com
Baharudin, HarunUNSPECIFIED
Lubis, Maimun AqshaUNSPECIFIED
Yusoff, Muhammad Saiful AnuarUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language. Linguistic theory. Comparative grammar > Academic language. Study and teaching
P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language > Language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Universiti Teknologi MARA (Terengganu) Press (UPENA)
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
ISSN: 2289-6589
Volume: 7
Number: 2
Page Range: pp. 66-75
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...
Item ID: 23414
Uncontrolled Keywords: Persepsi; Bimbingan Rakan Sebaya; Pembelajaran; Penguasaan; Kosa Kata Arab
Last Modified: 10 Mar 2019 08:41
Depositing User: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Caw Terengganu
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23414

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year