Tahap kesedaran dalam pelaburan patuh shariah berbanding pelaburan tidak patuh shariah : kajian terhadap staf UITM Puncak Alam / Muhammad Fikri Bin Bahrudin

Bahrudin, Muhammad Fikri (2018) Tahap kesedaran dalam pelaburan patuh shariah berbanding pelaburan tidak patuh shariah : kajian terhadap staf UITM Puncak Alam / Muhammad Fikri Bin Bahrudin. Student Project. Universiti Teknologi MARA, Selangor, Puncak Alam Campus, Puncak Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MUHAMMAD FIKRI BAHRUDIN ACI B 18_5.pdf

Download (310kB)

Abstract

Pelaburan merupakan satu aktiviti berkaitan wang atau modal untuk membeli instrumen kewangan atau aset lain untuk mendapatkan hasil yang menguntungkan dalam bentuk bayaran dividen, pendapatan atau penambahan nilai instrumen. Di Malaysia, aktiviti pelaburan terbahagi kepada dua jenis iaitu pelaburan patuh shariah dan juga pelaburan tidak patuh shariah. Menyedari bahawa terdapat ramai pelabur yang masih melaburkan modal mereka ke dalam pelaburan tidak patuh shariah berbanding pelaburan patuh shariah, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap kesedaran dan pengetahuan pelabur mengenai pelaburan patuh shariah dan pelaburan tidak patuh shariah. Reka bentuk kajian ini adalah secara kuantitatif. Seramai 100 orang staf UiTM Puncak Alam telah dijadikan responden kajian ini. Instrumen yang digunakan ialah tinjauan dan set soal selidik. Hasil analisis data menunjukkan kesedaran dan ilmu pengetahuan tentang pelaburan adalah positif. Berdasarkan analisis set soal selidik, pemahaman dalam pelaburan patuh shariah adalah positif dan bagi pemahaman pelaburan tidak patuh shariah juga adalah positif. Keputusan kajian ini membuktikan bahawa kesedaran dan pengetahuan pelaburan patuh dan tidak patuh shariah adalah positif.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Bahrudin, Muhammad FikriUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics
H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)_B
Item ID: 23410
Uncontrolled Keywords: Investments, Shariah compliance, Non Shariah compliace, Methodology, UiTM Puncak Alam
Last Modified: 19 Mar 2019 03:09
Depositing User: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23410

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year