Kefahaman pelajar UiTM Puncak Alam terhadap pembayaran Zakat Fitrah / Muhamad Amir Rahimi Rosedi

Rosedi, Muhamad Amir Rahimi (2016) Kefahaman pelajar UiTM Puncak Alam terhadap pembayaran Zakat Fitrah / Muhamad Amir Rahimi Rosedi. Student Project. Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS), Puncak Alam, Selangor. (Unpublished)

[img] Text
PPb_MUHAMAD AMIR RAHIMI ROSEDI ACI B 16_5.pdf

Download (211kB)

Abstract

Zakat merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Zakat adalah wajib dikeluarkan berdasarkan dalil al-Quran, as-Sunnah serta Ijmak ulamak. Mengabaikan zakat adalah dosa besar. Mengingkari kewajipannya akan membuatkan seseorang muslim itu murtad dari agama. Ia merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima. Namun begitu, masih ada yang kurang memahami tentang pembayaran zakat terutama sekali melibatkan pelajar universiti kerana mereka masih tidak berkelayakan untuk membayar zakat. Kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti sejauh mana kefahaman pelajar UiTM Puncak Alam terhadap pembayaran zakat, masalah-masalah berkaitan pembayaran zakat serta faktor-faktor yang melayakkan seseorang membayar zakat. Seramai 100 orang pelajar UiTM kampus Puncak Alam telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini merupakan satu percubaan untuk mengaetahui sejauh mana kefahaman para pelajar UiTM Puncak Alam terhadap pembayaran zakat di samping menerangkannya. Pendekatan kajian ini bercorak soal selidik, perbandingan dan penerangan. Bab pertama menerangkan tentang pengenalan zakat. Selain itu, kenyataan masalah zakat fitrah juga dimuatkan dalam bab yang pertama ini. Tidak lupa juga matlamat, skop, objektif serta kepentingan kajian juga diselitkan dalam bab yang pertama. Bab kedua pula menumpukan lebih kepada konsep dan fakta berkaitan zakat itu sendiri. Tahap pembangunan zakat dari ia mula diperkenalkan hinggalah ke masa kini turut dimuatkan dalam bab yang kedua. Dalam bab kedua inilah konsep tentang zakat diterangkan dengan lebih terang dan jelas. Bab ketiga berkisar tentang metodologi kajian. Ini bermaksud kaedah kajian itu dijalankan turut dimuat dalam bab ini. Tentang masa, tempat serta cara-cara kajian dijalankan diselitkan dan menjadi satu bab. Bab keempat berkaitan analisa dapatan kajian. Ia juga melibatkan borang soal selidik yang diedarkan kepada responden, kemudian diambil dan dibandingkan mengikut piawaian tertentu. Akhirnya bab ini ditutup dengan kesimpulan hasil dari kaji selidik yang dilakukan dan pengenalpastian terhadap tahap kefahaman responden berkaitan pembayaran zakat fitrah.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Rosedi, Muhamad Amir RahimiUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Alms (Zakat)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)_B
Item ID: 23285
Uncontrolled Keywords: Zakat, Zakat Fitrah, UiTM Puncak Alam
Last Modified: 27 Feb 2019 08:46
Depositing User: Perpustakaan Tun Abdul Razak UiTM Kampus Puncak Alam
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23285

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year