Maiddin, Ainun Safiya (2017) Peranan Perbadanan Wakaf Selangor dalam membangunkan sktor pendidikan di Selangor / Ainun Safiya Maiddin. [Student Project] (Unpublished)
Abstract
Wakaf merupakan salah satu daripada bentuk sumbangan yang penting dalam pembangunan umat Islam. Wakaf bukan sahaja meningkatkan lagi ekonomi Islam akan tetapi wakaf turut berperanan dalam membangunkan sektor pendidikan. Bagi pengurusan wakaf yang lebih sistematik Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) ditubuhkan. Kajian ini dibuat bertujuan untuk mengetahui cara pengurusan wakaf yang dibuat oleh PWS khususnya yang berkaitan dengan pendidikan di negeri Selangor. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini selain menggunakan metod kajian perpustakaan ialah dengan membuat temubual bersama wakil dari PWS bertujuan untuk mengetahui dengan lebih mendalam cara pengurusan yang dibuat oleh pihak mereka. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa pihak PWS masih belum membuat pengkhususan wakaf pendidikan akan tetapi terdapat sumbangan yang mereka lakukan secara tidak langsung dalam membangunkan sektor pendidikan khususnya di Selangor. Kepentingan dari kajian ini adalah untuk melihat bagaimana pengurusan PWS dalam memperkembangkan lagi peranan mereka membangunkan sektor pendidikan menerusi wakaf.
Metadata
Item Type: | Student Project | ||||
---|---|---|---|---|---|
Creators: |
|
||||
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and economics |
||||
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Selangor > Puncak Alam Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) | ||||
Item ID: | 23260 | ||||
Uncontrolled Keywords: | Waqaf, Wakaf, Perbadanan Wakaf Selangor | ||||
URI: | http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23260 |
Download
![]() |
Text
PPb_AINUN SAFIYA MAIDDIN ACI B 17_5.pdf Download (175kB) |
Fulltext
Actions (login required)
![]() |
View Item |