Satu kajian mengenai pengaruh China dalam seni reka binaan Masjid Al-Azim Negeri Melaka / Sarena Arepin

Arepin, Sarena (2000) Satu kajian mengenai pengaruh China dalam seni reka binaan Masjid Al-Azim Negeri Melaka / Sarena Arepin. Degree thesis, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img] Text
TD_SARENA AREPIN M AD 00 _5.pdf

Download (1MB)

Abstract

Masjid merupakan simbol keagungan syiar Islam dan sebuah tempat suci bagi penganut agama Islam untuk beribadah sememangnya sentiasa menjadi perhatian. Tujuan pembinaan Masjid AI-Azim ini meneakupi kesan daripada reka bentuk binaannya lebih-Iebih lagi yang terdapat pada bumbung masjid, mimbar dan struktur binaan yang lain. Maka dengan ini, tercetuslah idea untuk membuat analisis bagi rnengetahui lebih lanjut perihal pengaruh yang terdapat dalam seni reka binaan Masjid AI-Azim dengan berpaksikan kesan sejarah yang terdapat di Negeri Melaka ini. Di samping itu juga, kaedah yang digunakan untuk meneliti, mecari bukti dan mengumpul fakta-fakta iaitu dengan melawat ke tempat-tempat beribadat masyarakat China, mengambil gambar dan meneliti dengan lebih dekat setiap reka bentuk yang ada persamaannya dengan yang ada di Masjid AI-Azim. Analisis tentang tajuk ini adalah penting untuk menjadi rujukan kepada para arkitek, pelajar, pelancong dan rarnai lagi agar kesignifikanan bagi mengamati nilai estetiknya untuk mewujudkan kepekaan bagi menilai unsur pengaruh tradisi China dalam reka bentuk binaan Masjid AI-Azim. Permasalahan yang wujud ialah apabila masyarakat di sekelilingnya menganggap reka bentuk Masjid AI-Azim sama sahaja dengan masjid-masjid yang ada di Negeri Melaka ini tanpa berusaha untuk menilai tersurat dan tersiratnya di samping tiada kaitan dengan faktor sejarah kedatangan China ke Melaka dan pengaruh reka bentuk seni binaan yang dibawa. Senario untuk menerima pengaruh tradisi reka bentuk budaya luar tidak bermaksud untuk mengenepikan atau mengabaikan apa jua yang telah dicipta dan diilhamkan pada zaman silam. Sebaliknya kedua-duanya diadun dan dapat digarapkan bagi melahirkan satu gabungan dalam kesinambungan yang berlandaskan kebudayaan masyarakat Islam dan pengaruh yang diterimanya selagi mana ianya tidak bertentangan dengan nilai Islam.

Item Type: Thesis (Degree)
Creators:
CreatorsEmail
Arepin, SarenaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture
N Fine Arts > NA Architecture > History > Malaysia > Malacca (Malacca, Malaysia)
N Fine Arts > NA Architecture > Mosques
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Item ID: 23199
Uncontrolled Keywords: Masjid Al-Azim ; Pengaruh China; Seni reka binaan
Last Modified: 18 Feb 2019 02:12
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/23199

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year