Penggunaan Alat Bantuan Belajar bagi Meningkatkan Kemampuan Berfikir Pelajar (Use of Learning Aids on Advancing Students’ Thinking Ability) / Faiz Zulkifli ... [et al.]

Zulkifli, Faiz and Zainal Abidin, Rozaimah and Mansor, Zurina and Mohamad Hamzah, Mohd Hafiz and Zulkipli, Faridah (2018) Penggunaan Alat Bantuan Belajar bagi Meningkatkan Kemampuan Berfikir Pelajar (Use of Learning Aids on Advancing Students’ Thinking Ability) / Faiz Zulkifli ... [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (2). pp. 1-22. ISSN 2600-7606

[img] Text
AJ_FAIZ ZULKIFLI JURIM 18.pdf

Download (909kB)
Official URL: http://jurim.uitm.edu.my

Abstract

Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan kemahiran yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran matematik dan statistik terutamanya memerlukan pensyarah yang berkemahiran dalam merancang aktiviti pembelajaran dan menggunakan penilaian yang sesuai bagi menanamkan kemahiran berfikir di kalangan pelajar. Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan produk inovasi baru dengan menggunakan buku soal jawab dan aplikasi mudah alih. Kajian ini bertujuan untuk menilai keupayaan murid dalam menjawab soalan peperiksaan berdasarkan taksonomi Bloom yang telah disemak semula. Bagi mencapai objektif kajian, 124 orang pelajar sains aktuari dari UiTM telah dipilih sebagai sampel dan mereka telah mengambil subjek statistik bagi 2 semester berbeza. Sampel telah dibahagikan kepada 2 buah kumpulan yang mana 59 orang daripadanya belum pernah menggunakan alat bantuan belajar. Manakala, baki 65 orang pelajar telah menggunakan alat bantuan belajar sepanjang semester berjalan. Data telah dianalisis menggunakan analisis pengukuran Rasch, perisian Ministep. Berdasarkan analisis, kebolehpercayaan bagi soalan peperiksaan adalah agak baik dan bersesuaian dengan keupayaan pelajar dan taksonomi Bloom yang telah dikemas kini. Secara keseluruhan, penggunaan alat bantuan belajar dapat meningkatkan kemampuan pelajar menjawab soalan peperiksaan bertulis. Pengguna telah mencadangkan penambahbaikan terhadap jenis permainan dan juga kualiti audio visual aplikasi mudah alih yang digunakan. Selain itu, soalan di dalam buku soal jawab dan aplikasi mudah alih perlu disahkan oleh pakar dalam bidang yang berkaitan.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Zulkifli, Faizfaiz@tmsk.uitm.edu.my
Zainal Abidin, RozaimahUNSPECIFIED
Mansor, ZurinaUNSPECIFIED
Mohamad Hamzah, Mohd HafizUNSPECIFIED
Zulkipli, FaridahUNSPECIFIED
Subjects: Q Science > Q Science (General)
Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > Analysis
Q Science > QA Mathematics > Analysis > Analytical methods used in the solution of physical problems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Tapah Campus > Fakulti Sains Komputer dan Matematik
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 1
Number: 2
Page Range: pp. 1-22
Official URL: http://jurim.uitm.edu.my
Item ID: 22514
Uncontrolled Keywords: Alat bantuan belajar; buku soal jawab; aplikasi mudah alih; KBAT; analisis Rasch; Fakulti Sains Komputer dan Matematik; Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Tapah;
Last Modified: 11 Feb 2019 01:04
Depositing User: Perpustakaan Tun Abdul Razak Cawangan Perak
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/22514

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year