Laporan cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman, Bellevue Hotel, Bukit Bendera, 11300 Pulau Pinang / Ayyub Isa Ibrahim

Ibrahim, Ayyub Isa (2009) Laporan cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman, Bellevue Hotel, Bukit Bendera, 11300 Pulau Pinang / Ayyub Isa Ibrahim. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir ini merupakan cadangan menaik taraf ruang dalaman untuk bellevue hotel. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk Menarik lebih ramai pelancong mengunjungi bukit bendera dan menginap di sini. Selain itu, para pengunjung juga secara tidak Langsung dapat menambah pengetahuan tentang alam semulajadi. Selain dari sebuah hotel, bellevue hotel juga menyediakan Perpustakaan bagi memudahkan pengunjung yang kebanyakannya terdiri daripada para pencinta alam dan pengkaji-pengkaji alam Sekitar untuk membuat kajian dan rujukan. Dengan danya hotel sebegini, ia dapat menambahkan perasaan cintakan alam sekitar dan Menyedarkan orang ramai tentang pentingnya ekosistem di negara kita. La juga dapat membantu mendekatkan masyarakat Terutamanya golongan muda dan belia dengan alam sekitar. Dengan adanya muzium tentera darat, golongan-golongan ini dapat Mengetahui serta memahami peralihan masa memandangkan hotel ini mempamerkan gambar-gambar dan lukisan-lukisan yang telah Terbukti sahih tentang keadaan pada waktu pemerintahan british di pulau pinang umumnya dan bukit bendera khususnya. Antara Kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian dengan Membuat soal selidik. Tujuannya adalah untuk mengkaji kelebihan dan kelemahan yang terdapat di dalam rangkaian muzium masa Kini. Kajian-kajian dan pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses menaik taraf untuk mendapatkan rekabentuk yang selesa Dan menarik di samping imej dan gaya yang tersendiri.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Ayyub Isa
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Bellevue Hotel, Bukit Bendera
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21351
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_AYYUB ISA IBRAHIM AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_AYYUB ISA IBRAHIM AP 09_5.pdf

Download (94kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21351

Indexing

Statistic

Statistic details