Kesilapan sebutan bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati/ Ahmad Zulfadhli Nokman ...[et al.]

Nokman, Ahmad Zulfadhli and Che Mat, Azman and Abu Bakar, Ahmad Fakrulazizi and Musilehat, Nor Shaifura and Yaakub, Ahmad Nazuki@Marzuki (2017) Kesilapan sebutan bahasa Arab dalam kalangan bukan penutur jati/ Ahmad Zulfadhli Nokman ...[et al.]. e-Academia Journal, 6 (1). pp. 100-108. ISSN 2289-6589

[img]
Preview
Text
AJ_AHMAD ZULFADHLI NOKMAN EAJ T 17.pdf

Download (22MB) | Preview
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...

Abstract

Kemahiran pertuturan merupakan salah satu kemahiran penting dalam pembelajaran bahasa. Hal ini kerana bahasa merupakan alat komunikasi untuk menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain. Oleh sebab itu, kemahiran ini mesti dikuasai dengan sebaiknya supaya maksud yang ingin disampaikan mencapai matlamatnya. Salah satu aspek yang penting dalam kemahiran ini ialah sebutan perkataan bagi sesuatu bahasa. Secara umumnya, setiap bahasa mempunyai keunikan sebutan yang tersendiri. Malah, aspek sebutan inilah yang paling jelas membezakan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain termasuk bahasa Arab. Bahasa Arab mempunyai beberapa sebutan yang berbeza dengan bahasa Melayu. Jadi, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesilapan dalam sebutan bahasa Arab dalam kalangan penutur bahasa Melayu. Metodologi yang digunakan ialah pendekatan kualitatif untuk tujuan mengumpul, menganalisis dan menilai data yang diperolehi. Dua orang peserta kajian telah dipilih untuk mencapai maksud tersebut dengan mengadakan ujian sebutan berasaskan instrumen senarai semak yang berpandukan teori pengajaran ilmu Tajwid Abdul Qadir Leong Al-Azhari. Dapatan kajian menunjukkan memang wujud kesilapan pada sebutan bahasa Arab akibat daripada pengaruh bahasa pertama bagi sebutan tertentu. Kajian yang lebih menyeluruh perlu dijalankan untuk mendapatkan gambaran yang lebih persis dan jitu pada masa akan datang.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Nokman, Ahmad ZulfadhliUNSPECIFIED
Che Mat, Azmanazman531@tganu.uitm.edu.my
Abu Bakar, Ahmad FakrulaziziUNSPECIFIED
Musilehat, Nor ShaifuraUNSPECIFIED
Yaakub, Ahmad Nazuki@MarzukiUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PJ Oriental languages and literatures > Arabic language
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Terengganu > Dungun Campus > Academy of Language Studies_Dungun Campus
Journal or Publication Title: e-Academia Journal
ISSN: 2289-6589
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 100-108
Official URL: http://journale-academiauitmt.uitm.edu.my/v2/index...
Item ID: 21339
Uncontrolled Keywords: Sebutan; Bahasa Arab; Kesilapan
Last Modified: 19 Sep 2018 07:18
Depositing User: Perpustakaan Cendekiawan UiTM Caw Terengganu
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21339

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year