Abstract
Kajian akhir ini dilakukan untuk mewujudkan sebuah restoran bertema yang berimejkan Golf yang bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan di tapak tersebut iaitu sukan golf. Restoran ini menghidangkan pelbagai jenis makanan dari Malaysia dan juga barat di samping mempelbagaikan lagi menu dengan ciptaan makanan yang tersendiri. Di dalam restoran ini juga dikenakan elemen-elemen yang bercirikan golf untuk ditonjolkan mengikut tema dan konsep yang ingin disampaikan. Cara reka bentuk ruang diilham dan diadun secara simbolik dan juga secara terus-menerus.Sebelum melaksanakan projek ini beberapa kajian telah dijalankan supaya ianya beijaya dilaksanakan dan menepati kehendak masyarakat dan matlamat klien. Di Malaysia kini terdapat pelbagai jenis restoran bertema dan Golfer’s Cafe & Restoran ini merupakan salah satu daripadanya dan mungkin yang terbaik dari segi reka bentuk dan pengurusan. Kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji kelemahan yang terdapat pada rangkaian makanan dan juga reka bentuk dal am an serta pengurusan terhadap sesebuah restoran yang ada pada masa kini. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data ini akan diterapkan di dalam proses reka bentuk untuk mendapatkan impak reka bentuk yang selesa,menarik dan juga dengan sentuhan gaya imej yang tersendiri.Maka dengan ini akan wujudlah sebuah restoran bertema yang mempunyai reka bentuk yang menarik di samping pengurusan yang terbaik. Semestinya akan menarik perhatian orang ramai untuk datang ke restoran ini di samping memperkenalkan kepada ramai tentang Kelab Golf Impian.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Fadzul, Aimi Haziqah UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Reka bentuk dalaman; Kafe & Restoran; Kelab Golf Impian |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21318 |
Download
PPd_AIMI HAZIQAH MOHD FADZUL AP 09_5.pdf
Download (141kB) | Preview