Keberkesanan pelaksanaan kempen sosial: kajian kempen anti dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda / Nur Rashidi Johari … [et al.]

Johari, Nur Rashidi and Sajahan, Mohamed Samsudeen and Mohd Khir, Mohd Radzi and Jaafar, Elias (2010) Keberkesanan pelaksanaan kempen sosial: kajian kempen anti dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda / Nur Rashidi Johari … [et al.]. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_NUR RASHIDI JOHARI RMI 10_5.pdf

Download (4MB) | Preview

Abstract

Kajian ini secara keseluruhan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Muda Kedah dalam merancang dan melaksanakan kempen anti dadah. Pendekatan pemasaran social {social marketing) telah digunapakai dalam kajian ini dan penggunaan pendekatan pemasaran social ini merupakan satu usaha pelopor dalam kajian keberkesanan kempen di Malaysia kerana sebelum ini keberkesanan kempen biasanya dinilai dalam kerangka pemasaran komersial. Rasional penggunaan pendekatan ini adalah berdasarkan landasan bahawa kerangka ini telah digunakan secara meluas dalam kajian-kajian kempen sosial di negara-negara lain dan seterusnya membantu dalam mengenalpasti kaedah penambahbaikan pelaksanaan kempen. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan Persampelan Bukan Keberangkalian iaitu Persampelan Mudah {convenience sampling). Seramai 300 orang responden yang mengunjungi Kempen Anti Dadah AADK Daerah Kuala Muda Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu data premier (menggunakan soal selidik) dan data sekunder. Bagi tujuan menilai kebolehpercayaan (reliability) instrumen, ujian alfa cronbach (Cronbach Coefficient Alpha) telah dilakukan. Hasil kajian memperlihatkan nilai alfa Cronbach melebihi .80. Kerangka kajian ini telah menggunakan 3 (TIGA) pembolehubah bersandar dan empat alternatif hipotesis. Daripada ujian hipotesis yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa maklumat/mesej dan perancangan kempen mempengaruhi keberkesanan kempen. Walau bagaimanapun, faktor perubahan tingkahlaku kurang mempengaruhi keberkesanan kempen yang dijalankan. Ini kemungkinan disebabkan tingkahlaku berkait rapat dengan sikap responden itu sendiri.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Johari, Nur RashidiUNSPECIFIED
Sajahan, Mohamed SamsudeenUNSPECIFIED
Mohd Khir, Mohd RadziUNSPECIFIED
Jaafar, EliasUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology
H Social Sciences > HM Sociology > Social control
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Item ID: 21189
Uncontrolled Keywords: Kempen sosial; Kempen anti dadah; Agensi Anti Dadah Kebangsaan; AADK
Last Modified: 14 Aug 2018 02:16
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21189

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year