Keberkesanan pelaksanaan kempen sosial: kajian kempen anti dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda / Nur Rashidi Johari … [et al.]

Johari, Nur Rashidi and Sajahan, Mohamed Samsudeen and Mohd Khir, Mohd Radzi and Jaafar, Elias (2010) Keberkesanan pelaksanaan kempen sosial: kajian kempen anti dadah di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Daerah Kuala Muda / Nur Rashidi Johari … [et al.]. [Research Reports] (Unpublished)

Abstract

Kajian ini secara keseluruhan bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kempen yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Daerah Kuala Muda Kedah dalam merancang dan melaksanakan kempen anti dadah. Pendekatan pemasaran social {social marketing) telah digunapakai dalam kajian ini dan penggunaan pendekatan pemasaran social ini merupakan satu usaha pelopor dalam kajian keberkesanan kempen di Malaysia kerana sebelum ini keberkesanan kempen biasanya dinilai dalam kerangka pemasaran komersial. Rasional penggunaan pendekatan ini adalah berdasarkan landasan bahawa kerangka ini telah digunakan secara meluas dalam kajian-kajian kempen sosial di negara-negara lain dan seterusnya membantu dalam mengenalpasti kaedah penambahbaikan pelaksanaan kempen. Untuk tujuan kajian ini, penyelidik telah memilih untuk menggunakan Persampelan Bukan Keberangkalian iaitu Persampelan Mudah {convenience sampling). Seramai 300 orang responden yang mengunjungi Kempen Anti Dadah AADK Daerah Kuala Muda Kedah telah dipilih sebagai sampel kajian. kajian ini menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu data premier (menggunakan soal selidik) dan data sekunder. Bagi tujuan menilai kebolehpercayaan (reliability) instrumen, ujian alfa cronbach (Cronbach Coefficient Alpha) telah dilakukan. Hasil kajian memperlihatkan nilai alfa Cronbach melebihi .80. Kerangka kajian ini telah menggunakan 3 (TIGA) pembolehubah bersandar dan empat alternatif hipotesis. Daripada ujian hipotesis yang dibuat, dapat disimpulkan bahawa maklumat/mesej dan perancangan kempen mempengaruhi keberkesanan kempen. Walau bagaimanapun, faktor perubahan tingkahlaku kurang mempengaruhi keberkesanan kempen yang dijalankan. Ini kemungkinan disebabkan tingkahlaku berkait rapat dengan sikap responden itu sendiri.

Metadata

Item Type: Research Reports
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Johari, Nur Rashidi
UNSPECIFIED
Sajahan, Mohamed Samsudeen
UNSPECIFIED
Mohd Khir, Mohd Radzi
UNSPECIFIED
Jaafar, Elias
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HM Sociology > Social psychology
H Social Sciences > HM Sociology > Social control
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Research Management Centre (RMC)
Keywords: Kempen sosial; Kempen anti dadah; Agensi Anti Dadah Kebangsaan; AADK
Date: 2010
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21189
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of LP_NUR RASHIDI JOHARI RMI 10_5.pdf]
Preview
Text
LP_NUR RASHIDI JOHARI RMI 10_5.pdf

Download (4MB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21189

Indexing

Statistic

Statistic details