Stres dalam kalangan jururawat Hospital Kuala Lumpur / Sakinah Mat Zin, Nazlin Emieza Ngah and Rusnah Ismail

Mat Zin, Sakinah and Ngah, Nazlin Emieza and Ismail, Rusnah (2012) Stres dalam kalangan jururawat Hospital Kuala Lumpur / Sakinah Mat Zin, Nazlin Emieza Ngah and Rusnah Ismail. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_SAKINAH MAT ZIN RMI 12_5.pdf

Download (139kB) | Preview

Abstract

Kajian ini dibuat untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi stres dalam kalangan jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). HKL dipilih kerana ia merupakan sebuah hospital yang mempunyai jururawat yang berkhidmat di pelbagai jabatan dan menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk sekitar, khususnya warga Kuala Lumpur. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah untuk mendapatkan bukti ilmiah tentang hubungan di antara pembolehubah bersandar iaitu stres di kalangan jururawat HKL dan tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu faktor psikologi, fisiologi dan gelagat. Objektif kedua kajian ini dibuat ialah untuk menentukan faktor yang paling utama menyebabkan stres dalam kalangan jururawat di HKL serta mengenalpasti profil demografi jururawat yang paling menyumbang kepada kejadian stres di kalangan jururawat tersebut. Kajian diskriptif telah dipilih sebagai rekabentuk dan kaedah kajian. Sebanyak 400 soalan telah diedarkan kepada jururawat meliputi Jabatan Kecemasan, Jabatan Pesakit Luar, Jabatan Ortopedik, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Psikiatrik. Analisa kepada kajian ini merangkumi Ujian Kekerapan profil demografi responden, Ujian Kebolehpercayaan, Ujian Korelasi Pearson, Ujian Regrasi Berganda dan Analisis Varian Sehala (ANOVA). Dapatan kajian yang dibuat menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pembolehubah bersandar dan ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar di mana faktor gelagat merupakan faktor yang paling utama menyumbang kepada stres di kalangan jururawat HKL. Hasil kajian terhadap profil demografi responden mendapati bahawa jururawat yang berkhidmat kurang dari sepuluh tahun merupakan bilangan paling ramai yang mengalami stres. Berdasarkan hasil kajian yang dibuat, pengkaji merumuskan bahawa faktor yang berkait dengan psikologi, fisiologi dan gelagat merupakan penyebab utama berlakunya stres dalam kalangan jururawat yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur. Pengkaji mencadangkan lebih ramai jururawat ditempatkan di hospital bagi menangani masalah bebanan kerja dan memperbanyakkan kursus motivasi kerja dan pengurusan stres secara efektif. Penyelidik-penyelidik kajian juga perlu lebih memahami konsep kerja dan bebanan profesion kejururawatan bagi mencari penyebab dan penyelesaian terhadap masalah stres dalam kalangan jururawat. Untuk kajian di masa hadapan, pengkaji mencadangkan agar kajian stres ini dilakukan di hospital swasta agar perbandingan tahap stres dalam kalangan jururawat dapat dibuat. Ini adalah kerana gred gaji dan jumlah pesakit di hospital bukan kerajaan adalah berbeza dengan hospital kerajaan.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsEmail
Mat Zin, SakinahUNSPECIFIED
Ngah, Nazlin EmiezaUNSPECIFIED
Ismail, RusnahUNSPECIFIED
Subjects: R Medicine > R Medicine (General) > Medical personnel and the public. Physician and the public
R Medicine > RT Nursing
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Item ID: 21076
Uncontrolled Keywords: Stres; Jururawat; Hospital Kuala Lumpur
Last Modified: 21 Aug 2018 02:16
Depositing User: Staf Pendigitalan 2
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21076

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year