Cadangan reka bentuk dalaman bagi kopitiam di Jalan Kota Fesyen, Melaka Internasional Trade Centre, (MITC), Ayer Keroh, Melaka untuk Old Village Kopitiam / Rafidah Jamil

Jamil, Rafidah (2009) Cadangan reka bentuk dalaman bagi kopitiam di Jalan Kota Fesyen, Melaka Internasional Trade Centre, (MITC), Ayer Keroh, Melaka untuk Old Village Kopitiam / Rafidah Jamil. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Diploma Reka Bentuk Dalaman ini merupakan kursus yang mengkaji kefahaman pelajar tentang seluruh aspek dalam menjalankan projek reka bentuk dalaman. Program Reka Bentuk Dalaman ini mengajar pelajar dari peringkat permulaan proses dari awalan sehingga ke persembahan projek secara grafik ataupun lisan. Projek kajian yang dipilih bagi melaksanakan kajian ini adalah cadangan reka bentuk dalaman bagi Kopitiam Old Village yang terletak di Melaka. Melaka dipilih sebagai lokasi kajian kerana klien mahu melebarkan jaringan perniagaan di peringkat negeri Melaka secara keseluruhannya. Seterusnya di peringkat seluruh Malaysia. Proses pertama yang perlu dijalankan adalah mengenal pasti klien dan kehendak mereka dalam memilih reka bentuk yang bersesuaian. Justeru itu, pelbagai penyelidikan harus dijalankan bagi memastikan segala maklumat yang diperlukan diperolehi daripada klien. Pelbagai cara boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat misalnya melalui temuramah, pemerhatian, majalah, internet, kajian kes, dan pengamatan dari semua pihak. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang timbul dalam reka bentuk sesuatu ruang di dalam kopitiam tersebut. Penyelesaian masalah tersebut perlu dititikberatkan dalam menjana idea baru bagi menyelesaikan setiap masalah. Kajian projek ini berkonsepkan ‘Invigorate’ yang bermaksud 'kesegaran’. Elemen kesegaran yang diserapkan dalam projek ini meliputi ruang dalaman dan luaran. Aplikasi sumber semula jadi boleh dijadikan inspirasi dalam menyesuaikan suasana dengan persekitaran ruang. Contoh elemen semulajadi yang boleh digunakan ialah dengan mengadakan lebih banyak bukaan bagi membenarkan udara segar masuk ke dalam ruang. ‘Kesegaran’ juga bermaksud melahirkan imej baru yang lebih segar dan moden misalnya penggunaan warna pada ruang. Bagi melancarkan proses reka bentuk ini, pelbagai proses perlu dijalankan untuk mengetahui fungsi yang boleh diguna pakai dalam proses reka bentuk. Setiap ruang yang diwujudkan mesti mempunyai fungsinya sendiri. Imej baru dan segar dapat direalisasikan bagi memberi nafas baru kepada kewujudan kopitiam di Malaysia. Ini adalah kerana kewujudan kopitiam di Malaysia juga dilihat sebagai fenomena bagi masyarakat di Malaysia pada masa kini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jamil, Rafidah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Reka bentuk dalaman; Kopitiam; Jalan Kota Fesyen; Melaka Internasional Trade Centre
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21017
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_RAFIDAH JAMIL AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_RAFIDAH JAMIL AP 09_5.pdf

Download (103kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21017

Indexing

Statistic

Statistic details