Kesan media sosial, isu semasa dan personaliti calon ke atas tren pengundian / Prof Madya Dr Ismail Sualman … [et al.]

Sualman, Ismail and Hashim, Mohd Adnan and Md Salleh, Ilias and Baharuddin, Saharuddin and Jaafar, Rosni and Salleh, Abd Rahim and Muhamad, Abdullah @ Kassim and Mohd Shariff, Siti Zabedah and Salam, Abuyamin and Che Soh, Mazlan and Yusof, Noraini and Md. Redzuan, Ahmad and Wan Zainodin, Wan Hartini and Agil, Hamimda and Ramlee, Norhayati and Ibrahim, Rabi'atul Adawiyah and Mohammed Thaheer, Baby Anusha Nur (2012) Kesan media sosial, isu semasa dan personaliti calon ke atas tren pengundian / Prof Madya Dr Ismail Sualman … [et al.]. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
LP_ISMAIL SUALMAN RMI 12_5.pdf

Download (6MB) | Preview

Abstract

Kajian ini melibatkan seramai 28, 277 orang responden terdiri daripada pengundi yang dipilih berdasar 40 Parlimen seluruh Malaysia. Objektif kajian ini adalah untuk : i) mengenal pasti sumber media yang dipercayai boleh mempengaruhi pemilihan dalam kalangan pengundi, ii) mengkaji isu-isu sosio-politik yang mempengaruhi pemilihan dalam kalangan pengundi, iii) meninjau ciri-ciri pemimpin yang dipilih oleh pengundi dalam pilihan raya, iv) mengkaji apakah faktor-faktor yang menentukan pola pemilihan dalam kalangan pengundi dalam pilihan raya, v) melihat hubungan di antara sumber media dengan isu-isu sosiopolitik, ciri-ciri pemimpin dan faktor pemilihan dalam kalangan pengundi. Kajian menggunakan kaedah survei melalui borang soal selidik ini mendapati majoriti responden sangat bersetuju (16.6%) dan bersetuju (48%) bahawa calon yang dipilih mewakili kawasan dalam pilihan raya mampu mempengaruhi mereka. Manakala seramai 40.2% bersetuju dan 15% sangat bersetuju bahawa isu yang dibangkitkan parti politik mampu mendorong mereka untuk keluar mengundi. Begitu juga seramai 44.3% bersetuju dan 23.7% sangat bersetuju bahawa mengundi mampu merubah masa hadapan mereka. Kajian ini juga mendapati bahawa 32.6% bersetuju manakala 19% pula sangat bersetuju dengan kenyataan bahawa Kerajaan Pusat yang memerintah sekarang ini perlu dikekalkan. Kajian menunjukkan isu berkaitan keamanan dan keselamatan negara amat penting berbanding isu lain dalam menentukan pilihan pengundi bagi pilihan raya akan datang. Ketelusan dan keadilan pula adalah dilihat sebagai perkara kedua terpenting dalam menentukan pilihan pengundi bagi pilihan raya akan datang manakala isu lain adalah peluang pekerjaan isu berkaitan keagamaan, keharmonian kaum, perniagaan dan peningkatan pendapatan dan kos perubatan. Kajian ini juga menunjukkan isu utama yang perlu diberikan keutamaan oleh Kerajaan Pusat adalah berkaitan dengan pendidikan dan ilmu pengetahuan (74%), isu berkaitan dengan keselamatan negara (71%), masalah sosial (69%), isu berkaitan dengan pekerjaan dan kerjaya (69%), isu berkaitan dengan rasuah (65%) isu berkenaan dengan kewangan dan pendapatan (64%), dan juga isu perkauman (64%). Ditinjau dari segi "winnable candidate", kajian menunjukkan bahawa kriteria utama calon yang menjadi pilihan adalah calon yang mempunyai penampilan yang baik, mempunyai jawatan yang kukuh dalam parti politik, berkebolehan, bertimbang rasa, mempunyai disiplin yang tinggi, berdedikasi dan berketerampilan, berpendidikan tinggi, berpengetahuan agama, bertolak ansur dan seorang yang baik hati. Kajian menunjukkan mereka yang dianggap mampu menunaikan janji serta bebas dari rasuah pula merupakan kriteria yang paling rendah dipilih oleh pengundi.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Sualman, IsmailUNSPECIFIED
Hashim, Mohd AdnanUNSPECIFIED
Md Salleh, IliasUNSPECIFIED
Baharuddin, SaharuddinUNSPECIFIED
Jaafar, RosniUNSPECIFIED
Salleh, Abd RahimUNSPECIFIED
Muhamad, Abdullah @ KassimUNSPECIFIED
Mohd Shariff, Siti ZabedahUNSPECIFIED
Salam, AbuyaminUNSPECIFIED
Che Soh, MazlanUNSPECIFIED
Yusof, NorainiUNSPECIFIED
Md. Redzuan, AhmadUNSPECIFIED
Wan Zainodin, Wan HartiniUNSPECIFIED
Agil, HamimdaUNSPECIFIED
Ramlee, NorhayatiUNSPECIFIED
Ibrahim, Rabi'atul AdawiyahUNSPECIFIED
Mohammed Thaheer, Baby Anusha NurUNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press
P Language and Literature > PN Literature (General) > Journalism. The periodical press, etc. Press > Mass media and peace
Divisions: Research Management Institute (RMI)
Item ID: 21001
Uncontrolled Keywords: Kesan media sosial, Personaliti calon; Tren pengundian
Last Modified: 02 Oct 2018 07:55
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21001

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year