Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk kedai butik untuk Bibah Songket di Lot G221 dan G222, Ground Floor, The Gardens, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur / Nurul Wahida Abdul Talib

Abdul Talib, Nurul Wahida (2009) Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk kedai butik untuk Bibah Songket di Lot G221 dan G222, Ground Floor, The Gardens, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, 59200, Kuala Lumpur / Nurul Wahida Abdul Talib. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Cara pamer kain songket sangat memainkan peranan penting dalam menarik minat pelanggan datang berkunjung ke kedai butik. Sesebuah butik yang dibuka, akan menumpukan kepada jenis produk yang dijual dimana bergantung kepada konsep yang hendak diketengahkan mewakili imej syarikat tersebut. Bagi pemilik Butik Bibah Songket, Puan Habibah Binti Zikri, motif pucuk rebung dan beberapa motif lain yang telah diambil dan diadaptasikan menjadi corak baru moden merupakan rekabentuk fabrik istimewa bagi Butik Bibah Songket ini. Selain itu, Butik Bibah Songket turut menawarkan servis rekabentuk motif songket mengikut kesukaan kepada para pelanggan yang amat meminati songket dan menghargai nilai seni songket. Butik ini terletak di Kuala Lumpur dan merupakan sebuah butik baru dalam meluaskan empayar Puan Habibah dalam mengembangkan bisnes beliau dalam bidang fesyen. Cadangan projek adalah merekabentuk butik selaras dengan produk dan servis klien, selain dapat memenuhi kehendak dan keperluan klien. Antara objektif kajian adalah merekabentuk ruang butik supaya menjadi lebih menarik dan mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan dalam bertemu klien kerana beliau berada di Terengganu menguruskan kilang songket beliau. Proses kajian melalui beberapa kaedah iaitu, kaedah temuramah di mana soalan-soalan berkaitan akan diajukan kepada klien dan melalui kaedah ini, masalah dapat dikenal pasti dengan lebih mudah. Selain itu, kajian ini turut dibantu melalui kaedah rujukan. Sebarang kesulitan atau ketidak pastian akan dirujuk melalui buku, majalah dan pakar. Melalui rujukan juga, contoh-contoh rekabentuk dapat diperolehi. Bagi Butik Bibah Songket, suasana moden merupakan gaya yang sesuai dengan konsep corak songket beliau itu sendir iaitu konsep “Beauty Is In The Eyes of The Beholder’ ” memberi peluang kepada pelanggan untuk merasai suasana kecantikan ruang dalaman yang moden dan santai sambil membeli-belah. Bagi menghasilkan rekabentuk yang terbaik, beberapa kajian kes mengenai butik telah dilakukan. Antara butik-butik terpilih adalah Butik Pucuk Emas Songket dan Batik, SACC MALL, Shah Alam, Butik Qamilla Collection, SACC MALL, Shah Alam dan Butik Istana Songket Shah Alam Mall, Shah Alam. Kajian kes ini amat penting kerana melalui kajian ini dapat memberi idea baru dan contoh yang boleh diambil serta dibaiki dari kajian kes kepada pelajar mengenai rekabentuk-rekabentuk terbaru agar tidak mengulangi kelemahan yang didapati daripada kajian kes tersebut. Cadangan merekabentuk Butik Bibah Songjket, Kuala Lumpur merupakan sebuah projek yang menarik kerana suasana Butik Bibah Songket di Kuala Lumpur adalah sesak dan tidak lekang dari kunjungan orang ramai.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Talib, Nurul Wahida
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Reka bentuk kedai butik; Butik Bibah Songket
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/21000
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NURUL WAHIDA ABDUL MUTALIB AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NURUL WAHIDA ABDUL MUTALIB AP 09_5.pdf

Download (158kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

21000

Indexing

Statistic

Statistic details