Kajian hadith melampau bagi bab ganjaran dan hukuman dalam kitab Ihya' Ulum al-Din / Husnul Rita Aris, Nor Azlina Abd. Wahab and Adhanawati Abdul Rapa

Aris, Husnul Rita and Abd. Wahab, Nor Azlina and Abdul Rapa, Adhanawati (2013) Kajian hadith melampau bagi bab ganjaran dan hukuman dalam kitab Ihya' Ulum al-Din / Husnul Rita Aris, Nor Azlina Abd. Wahab and Adhanawati Abdul Rapa. Research Reports. Research Management Institute (RMI), Shah Alam. (Submitted)

[img]
Preview
Text
LP_HUSNUL RITA ARIS RMI 13_5.pdf

Download (3MB) | Preview

Abstract

Kitab Ihya Ulum al-Din yang ditulis oleh Imam Al-Ghazali merupakan kitab masyhur dalam kalangan umat Islam pada hari Ini. Kebanyakan surau atau masjid di Malaysia sering menjadikan kitab Ihya' ini sebagai rujukan utama dalam pengajaran ilmu-ilmu agama. Justeru itu, kajian ini mengkaji dan menganalisa hadith-hadith melampau {almujazafah) dalam pemberian ganjaran kepada amalan yang kecil dan hukuman terhadap kesalahan yang kecil sebagaimana terdapat dalam kitab Ihya9. Beberapa kriteria cuba dikenalpasti bagi mengukur keadaan hadith melampau {al-mujazafah), pengetahuan tentang nilai hadith tersebut yang terdapat dalam kitab Ihya' dan sejauh mana ia berkait dengan hadith palsu {maudhu). Kajian ini juga mengenalpasti sebab-sebab berlakunya pemalsuan hadith tersebut dalam silsilah periwayat hadith {sanad) dan lafaznya (matari). Metod kajian yang digunakan adalah induktif, analisis dan kritikan. Peringkat permulaannya, hadith-hadith melampau (al-mujazafah) ini akan dikenalpasti dalam kitab Ihya' dan ditakhrijkannya bersumberkan kepada kitab-kitab asli hadith yang premier dan sekunder dan kemudiannya menggunakan kaedah analisa dan kritikan terhadap sanad dan matan hadith tersebut. Hasil daripada kajian tersebut mendapati bahawa kebanyakan hadith melampau {al-mujazafah) dihukum tiada asal-usulnya {la aslu laha) , palsu {mawdhu'), dhaif yang bersangatan {da'ifah d'afan syadidan) dan daif yang ringan {da'ifah d'afan khafifan). Kajian ini juga menemui hasil terpenting iaitu hadith-hadith melampau yang palsu dan batil ini tiada asal usul silsilahnya dalam hadith Rasulullah yang sebenarnya dan ini menyebabkan salah faham terhadap pengukuran perbuatan manusia sama ada dari segi ganjaran atau hukuman yang tidak sepatutnya serta memberi impak buruk terhadap fahaman muslim yang sebenarnya. Antara sebab-sebab hadith melampau {al-mujazafah) yang palsu ini dicipta adalah untuk mendorong manusia cenderung melakukan perbuatan baik bagi mendekati Allah dan menakutkan manusia agar menjauhi perbuatan jahat yang dilarang . Oleh itu, adalah penting bagi umat Islam mengetahui darjat hadith tersebut sebelum berpegang dan beramal dengannya dalam kehidupan seharian.

Item Type: Monograph (Research Reports)
Creators:
CreatorsID Num.
Aris, Husnul RitaUNSPECIFIED
Abd. Wahab, Nor AzlinaUNSPECIFIED
Abdul Rapa, AdhanawatiUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Sacred books > Hadith literature. Traditions. Sunna
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Works against Islam and the Koran
Divisions: Institute of Research Management and Innovation (IRMI)
Item ID: 20977
Uncontrolled Keywords: Kajian hadith melampau; Kitab Ihya' Ulum al-Din; hadith melampau
Last Modified: 08 Oct 2018 03:57
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20977

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year