Cadangan merekabentuk skima dan rekabentuk dalaman baru untuk Butik Salikin Sidek di Lot 3.12 & 3.13, pusat membeli-belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur / Nursara Yasmin Tajul Hakmah

Tajul Hakmah, Nursara Yasmin (2009) Cadangan merekabentuk skima dan rekabentuk dalaman baru untuk Butik Salikin Sidek di Lot 3.12 & 3.13, pusat membeli-belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur / Nursara Yasmin Tajul Hakmah. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_NURSARA YASMIN TAJUL HAKMAH AP 09_5.pdf

Download (126kB) | Preview

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan ujian terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk menghasilkan skima baru hiasan dalaman Butik Salikin Sidek yang terletak di Lot 3.12 & 3.13, Pavillion Shopping Centre, Jalan Bukit Bintang, 50250, Kuala Lumpur. Butik ini akan menjadi sebuah butik yang pertama menyediakan fesyen yang berteraskan songket dalam prasarana antarabangsa. Sasaran pembeli bukan sekadar warganegara malah antarabangsa. Oleh kerana matlamat pembinaan Butik Salikin Sidek ini bertaraf antarabangsa maka konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa antarabangsa tetapi tidak melupakan seni tradisional yang ingin ditonjolkan. Pembahagian dan penyediaan ruang perlulah mampu memberikan keselesaan terhadap pelanggan dan juga para pekerja ketika menjalankan aktiviti seharian dan juga dalam menjalankan urusan pemiagaan. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan imej syarikat malah mampu memberikan kesan positif serta meningkatkan kepercayaan pelanggan yang datang membeli-belah di butik ini. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk Butik Salikin Sidek ini ialah ‘enduring art’ yang membawa erti seni yang akan berterusan dan berkekalan. Konsep ini dipilih adalah kerana seni fabrik tradisional ini perlu dipelihara supaya ianya tidak hilang ditelan arus kemodenan dan dapat dihargai oleh generasi yang akan datang. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti keperluan dan kehendak ‘boutique retail’ yang telah berda dalam pasaran. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media eetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Tajul Hakmah, Nursara YasminUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20945
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk dalaman baru; Butik Salikin Sidek; Songket; Salikin Sidek
Last Modified: 31 Jul 2018 02:48
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20945

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year