Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk pawagam mini untuk Golden Screen Cinema di Bangsar South, Lot 51516 ( PT 3636 ), Mukim Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan / Nur Syazwani Wagiman

Wagiman, Nur Syazwani (2009) Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk pawagam mini untuk Golden Screen Cinema di Bangsar South, Lot 51516 ( PT 3636 ), Mukim Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan / Nur Syazwani Wagiman. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_NUR SYAZWANI WAGIMAN AP 09_5.pdf

Download (125kB) | Preview

Abstract

Projek akhir untuk para pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk ruang dalaman mini pawagam Golden Screen Cinema yang terletak di aras Lower Ground Floor,Bangunan Bangsar South,Lot 51516 (PT3626), Mukim Wilayah Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan. Mini pawagam yang dicadangkan ini akan menjadi sebuah pusat hiburan yang membawa konsep baru iaitu pawagam yang bersaiz lebih kecil dari pawagam biasa dan pawagam yang direkabentuk khas untuk keluarga. Sasaran pelanggan yang akan datang menonton wayang atau menyewa bilik persendirian di mini pawagam adalah dari pelbagai golongan umur dan bangsa yang menginginkan kelainan semasa menonton wayang. Ini termasuklah golongan yang ingin meluangkan masa berhibur bersama keluarga dan rakan tapi masih menginginkan privasi. Selain itu.mini pawagam ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang memuaskan ketika menonton. Oleh kerana pelanggan yang akan menonton di mini pawagam Golden Screen Cinema datang daripada pelbagai golongan umur dan bangsa serta latar belakang yang berbeza, konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu daripada kawasan yang berbeza dan mampu memberikan keselesaan terhadap pelanggan ketika menjalankan aktiviti berhibur dan merehatkan minda. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan penyewa malah mampu memberikan impak positif dan mencapai kepuasan yang optimum kepada pelanggan yang datang menonton di mini pawagam Golden Screen Cinema. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk mini pawagam ialah ‘futuristic style’ yang membawa maksud gaya yang diilhamkan untuk masa akan datang. Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai dengan gaya futuristik, beberapa kajian perlu dilakukan untuk menyesuaikan imej ini dengan pusat hiburan yang bakal di kunjungi oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan muda dan golongan yang datang secara berkeluarga. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Wagiman, Nur SyazwaniUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20929
Uncontrolled Keywords: Reka bentuk pawagam mini; Golden Screen Cinema
Last Modified: 20 Aug 2018 06:44
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20929

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year