Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No 331 Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan / Nor Hizza Zazali

Zazali, Nor Hizza (2009) Laporan kajian akhir cadangan menaiktaraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No 331 Jalan Titi Panjang, 32200 Lumut, Perak Darul Ridzuan / Nor Hizza Zazali. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_NOR HIZZA ZAZALI AP 09_5.pdf

Download (129kB) | Preview

Abstract

Cadangan menaik taraf rekabentuk dalaman Lumut Country Resort di No. 331 Jalan Titi Panjang, 32 200 Lumut, Perak Darul Ridzuan merupakan projek semester akhir Diploma Rekabentuk Dalaman. Lumut Country Resort merupakan sebuah resort pertama beroperasi di daerah Lumut sejak Mei 1984. Namun begitu, setelah beroperasi selama iebih dua puluh tahun, keadaan resort berada dalam keadaan yang kurang baik terutamanya dari segi imej, suasana, keperluan ruang, dan aliran pergerakan ruang dalaman. Cadangan menaik taraf yang dijalankan bertujuan memperbaiki imej dan identiti resort agar Iebih terampil sebagai sebuah resort, memperbaharui keperluan ruang dalaman , serta memperbaiki aliran pergerakan melaui susunatur rekabentuk dalaman. Kaedah kajian projek yang dijalankan terbahagi kepada tiga fasa iaitu fasa pertama, fasa kedua, dan fasa ketiga. Fasa pertama menerangkan tentang fokus kajian, klien dan masalah cadangan menaik taraf. Fasa kedua pula merupakan kajian kes beberapa resort sebagai rujukan rekabentuk. Kajian tapak serta kajian bangunan sedia ada juga dilaksanakan untuk mengkaji kedudukan lokasi tapak dan struktur bangunan dengan Iebih mendalam lagi agar sebarang kekeliruan dapat dielakkan. Fasa ketiga pula Iebih tertumpu kepada cadangan kajian projek yang dijalankan. Cadangan rekabentuk yang dijalankan melalui beberapa proses skima rekabentuk. Menerusi beberapa kajian dan analisa yang dijalankan, konsep cadangan rekabentuk yang dipilih ialah Integration. Konsep ini mengaitkan beberapa elemen alam semula jadi sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi suasana persekitaran. Oleh itu, imej tropikal telah dipilih sebagai imej cadangan rekabentuk projek yang dijalankan. Konsep dan imej yang dipilih mempunyai keserasian yang bakal diterapkan melalui cadangan rekabentuk. Susunatur ruang yang diadaptasikan berlandaskan konsep dan imej harus menyelesaikan masalah yang ada bagi mencapai objektif rekabentuk yang telah disenaraikan di awal cadangan projek. Oleh itu, kajian projek yang dijalankan perlu mencapai matlamat dan objektifnya bagi menjayakan sesebuah kajian projek.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Zazali, Nor HizzaUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20857
Uncontrolled Keywords: Cadangan menaiktaraf; Rekabentuk dalaman; Lumut Country Resort
Last Modified: 26 Jul 2018 05:07
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20857

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year