Cadangan merekabentuk rekabentuk dalaman Just K Family Karaoke no 252/252A & 253/2S3A, Jln Raja Dr. Nazrin Shah , 34000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Siti Zaleha Roslan

Roslan, Siti Zaleha (2009) Cadangan merekabentuk rekabentuk dalaman Just K Family Karaoke no 252/252A & 253/2S3A, Jln Raja Dr. Nazrin Shah , 34000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan / Siti Zaleha Roslan. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir untuk para petajar Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang teiah dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk hiasan dalaman Just K Family Karaoke yang terietak di 252/252A & 253/253A, Jalan Raja Dr. Nazrin Shah,31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. Bangunan yang dicadangkan ini akan menjadi tumpuan masyarakat kerana kawasan ini semakin membangun.Sasaran pengguna yang akan akan hadir termasuklah golongan warga emas. Oleh kerana pelanggan yang hadir ke Just K family Karaoke datang daripada pelbagai latar belakang yang berbeza, konsep dan stail dalam rekabentuk harus sesuai dengan citarasa setiap individu daripada kawasan yang berbeza dan mampu memberikan keselesaan terhadap pengguna. Imej dan konsep yang dipilih bukan sahaja sesuai dengan semua peringkat umur malahan juga dengan pekeija di Just K Family Karaoke. Sehubungan dengan itu, stail rekabentuk yang dipilih untuk Just K Family Karaoke ialah ‘mordem retro' yang membawa maksud gaya yang terdahulu dan gaya masakini yang digabungkan menjadi satu. Gaya moden yang segar ialah gaya yang mengikut gaya pada masa kini dan sentiasa bertepatan dengan gaya yang paling terkini. Manakala gaya ‘retro’ ipula ialah gaya terdahulu yang diguna pakai yang dapat menghasilkan satu imej yang klasik dan 'funky'.Hasil daripada gabungan kedua-dua imej ini akan memberikan gaya rekabentuk yang sangat memberansangkan dan sesuai untuk peringkat umur.Bagaimanapun, sebelum mendapatkan hasil rekabentuk yang sesuai untuk semua latar belakang dari semua peringkat umur, beberapa kajian perlu dilakukan di mana kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti jenis-jenis klien dan sasaran pengguna di Just K Family Karaoke, pakej bilik yang selalu mendapat perhatian pengguna, jenis perkhidmatan yang disediakan, waktu urns niaga beroperasi serta pelbagai maklumat berkenaan yang berkaitan dengan pusat karaoke Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Roslan, Siti Zaleha
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Architectural decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Just K Family Karaoke
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20844
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI ZALEHA ROSLAN AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_SITI ZALEHA ROSLAN AP 09_5.pdf

Download (151kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20844

Indexing

Statistic

Statistic details