Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk dalaman kafe teh di The New Club, 34087 Taiping, Perak untuk BOH Plantation Sdn. Bhd. / Nor Hafizoh Ramli

Ramli, Nor Hafizoh (2009) Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk dalaman kafe teh di The New Club, 34087 Taiping, Perak untuk BOH Plantation Sdn. Bhd. / Nor Hafizoh Ramli. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_NOR HAFIZOH RAMLI AP 09_5.pdf

Download (125kB) | Preview

Abstract

Projek akhir untuk pelajar tahun akhir Diploma Rekabentuk Dalaman merupakan satu medium untuk menguji kefahaman pelajar mengenai segala proses pembelajaran yang berlaku sepanjang pengajian. Projek yang dipilih bagi projek akhir ini ialah merekabentuk dalaman Kafe Teh yang terletak di The New Club, Taiping, Perak untuk BOH Plantation Sdn. Bhd. Projek ini merupakan satu medium bagi menunjukkkan keupayaan produk Malaysia bersaing dengan produk antarabangsa. Ini disebabkan peningkatan dalam permintaan produk keluaran negara luar seperti minuman dari kopi yang menjadi pilihan utama masyarakat di Malaysia pada masa kini. Jadi dengan adanya Kafe Teh ini, rakyat negara kita akan didedahkan dengan produk Malaysia sendiri selain mempelajari mengenai teh yang mempunyai banyak kebaikan kepada kesihatan dan tubuh badan. Menu yang disediakan juga merupakan menu yang berasaskan teh. Selain itu terdapat menu barat yang diberikan sentuhan tempatan agar bersesuaian dengan selera masyarakat di Malaysia.Oleh kerana teh sering di hubungkait dengan alam, maka rekabentuk bagi projek ini berkonsepkan alam semulajadi. Ini bersesuaian dengan tapak projek yang dipilih. Tapak projek yang dipilih terletak di kawasan yang dikelilingi tumbuhan hijau, lantas dapat mencerminkan suasana yang sesuai dengan penanaman teh. Imej yang dipilih iaitu moden dan alam semulajadi akan digabungkan bagi menghasilkan suatu rekabentuk yang dapat menepati ciri-ciri yang mencerminkan tempat asal teh. Kafe ini juga direka untuk semua golongan umur. Jadi penekanan yang harus dilakukan dalam rekabentuk kafe ini adalah dari segi warna dan rekabentuk ruang agar semua golongan umur dapat menikmati masa bersama di kafe ini.Bagaimanapun, sebelum berlakunya proses rekabentuk, terdapat banyak proses lain yang dilakukan.Antaranya ialah, temuramah dengan klien bagi memastikan kehendak klien dapat diketahui dengan jelas. Proses ini adalah proses yang penting kerana klien akan menentukan pasaran dan keperluan yang terlibat dalam projek ini. Selain itu, kajian kes turut dilakukan untuk meningkatkan kafahaman mengenai projek ini. Melalui kajian kes ini, perbandingan dapat di lakukan dan maklumat yang dikumpul akan dikaji semula. Jadi maklumat ini akan banyak membantu dalam proses rekabentuk.Selain itu terdapat medium lain bagi menambah maklumat dan kefahaman mengenai projek ini, antaranya melalui internet, rujukan melalui buku dan majalah, temuramah yang di jalankan terhadap orang yang terlibat dan juga pemerhatian.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Ramli, Nor HafizohUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20837
Uncontrolled Keywords: Cadangan merekabentuk dalaman; Kafe teh; The New Club; BOH Plantation Sdn. Bhd.
Last Modified: 26 Jul 2018 03:16
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20837

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year