Laporan kajian akhir cadangan rekabentuk dalaman Cheeky Monkey Cuts Salun di Lot 3F-03 & 3F-03A, Aras Tiga, SACC Mall, Shah Alam / Nor Arifah Ariffin

Ariffin, Nor Arifah (2009) Laporan kajian akhir cadangan rekabentuk dalaman Cheeky Monkey Cuts Salun di Lot 3F-03 & 3F-03A, Aras Tiga, SACC Mall, Shah Alam / Nor Arifah Ariffin. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat diploma adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek proses rekabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Cadangan mereka bentuk cawangan baru Cheeky Monkey Cuts di kompleks membeli-belah ‘Shah Alam City Centre Mall’ (SACC Mall) datang dari sambutan yang menggalakkan terhadap cawangan yang sedia ada daripada golongan ibu bapa yang mementingkan keterampilan anak-anak mereka dan juga sebagai alternative lain untuk ibu bapa bekerja yang tidak mempunyai masa untuk memanjakan anak-anak mereka. Salun ini juga bertujuan mengajar kanak-kanak untuk menjaga keterampilan sedari kecil lagi. Memandangkan salun kanak-kanak masih lagi baru di Malaysia dan tidak berapa mandapat pendedahan daripada orang ramai maka imej dan rekabentuk baru perlulah menarik dan sesuai dengan konsep salon bagi menarik lebih ramai pelanggan. Walaupun masih baru, salun kanak-kanak telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan ini membuatkan pemilik membuat keputusan untuk membuka sebuah lagi cawangan salun tersebut. Selain itu, susun atur dan pembahagian ruang perlulah memberi keselesaan kepada pelanggan disamping memberi kanak-kanak perasaan selamat ketika berada di salun ini. Konsep dan imej yang dicadangkan perlulah bersesuaian dengan sifat kanak-kanak yang periang disamping penggunaan wama yang sesuai mampu mempengaruhi psikologi mereka. Cheeky Monkey Cuts bukan sahaja menyediakan khidmat dandanan rambut untuk kanak-kanak tetapi turut menyediakan khidmat ‘manicure’, ‘pedicure’ dan juga khidmat dandanan rambut untuk golongan dewasa. Salun ini juga diharap dapat menjadi perintis kepada lebih banyak salun kanak-kanak di Malaysia. Secara kesimpulannya, rekabentuk baru yang bakal di jalankan ini haruslah menepati ciri-ciri dan kehendak pelanggan dan bersesuaian dengan konsep yang diketengahkan dan ditonjolkan. Diharapkan rekabentuk ini akan dapat memberi manfaat kepada semua individu terutamanya pengguna yang menggunakan produk ini.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ariffin, Nor Arifah
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; Rekabentuksalun; Cheeky Monkey Cuts Salun
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20832
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NOR ARIFAH ARIFFIN AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NOR ARIFAH ARIFFIN AP 09_5.pdf

Download (130kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20832

Indexing

Statistic

Statistic details