Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk Restoran Bumbu Ball di No. 153 Jalan Ampang, Kuala Lumpur / Siti Nazira Muhamad Nor

Muhamad Nor, Siti Nazira (2009) Laporan kajian akhir cadangan mereka bentuk Restoran Bumbu Ball di No. 153 Jalan Ampang, Kuala Lumpur / Siti Nazira Muhamad Nor. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah restoran yang melambangkan ciri - ciri seni bina Bali, Indonesia. Ciri - ciri seni bina bali yang dikatakan adalah seperti orientasi rumah Bali dan ornamentasi yang digunakan. Dalam pembinaan rumah - rumah di Bali bahan - bahan yang digunakan adalah dari alam semulajadi. Contohnya buluh, batang pokok kelapa, lumpur, batu dan juga kayu. Di pintu masuk pula biasanya terdapat ukiran, dan ia terkenal kerana kehaiusan dan kecantikannya. Jika dilihat di dinding - dinding kuil pula akan jelas kelihatan ukiran atau susunan batu dari gunung berapi dan juga kayu. Kajian ini juga pada masa yang sama ia dapat mengetengahkan kepelbagaian jenis masakan tradisi yang terdapat di Bali. Berdasarkan metadologi kajian yang dijalankan terbahagi kepada dua iaitu data primer dan data sekunder. Kaedah data primer adalah seperti temubual dan pemerhatian. Manakala kaedah sekunder adatah seperti melalui buku rujukan dan melalui kajian daripada pereka - pereka yang lain. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji perkara yang terdapat pada rangkaian makanan dan juga rekabentuk dalaman sesebuah restoran terutamanya restoran yang bertema dan bercirikan sesuatu etnik. Keseluruhannya kajian ini adalah mengenai reka bentuk restoran yang baik serta menepati ciri - iri seni bina Bali. Hasilnya sebuah restoran yang menepati ciri - ciri reka bentuk, dekorasi yang tepat dan menggunakan ruang dengan baik.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Muhamad Nor, Siti Nazira
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Mereka bentuk; Restoran Bumbu Ball
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20824
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_SITI NAZIRA MUHAMAD NOR AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_SITI NAZIRA MUHAMAD NOR AP 09_5.pdf

Download (114kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20824

Indexing

Statistic

Statistic details