Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman Restoran Kampung Boy untuk Datuk Mohd Nor Khalid di No 6 Jalan Panglima Bukit Gantang, 30000 Ipoh Perak / Noor Hameida Md Rimi

Md Rimi, Noor Hameida (2009) Laporan kajian akhir cadangan merekabentuk ruang dalaman Restoran Kampung Boy untuk Datuk Mohd Nor Khalid di No 6 Jalan Panglima Bukit Gantang, 30000 Ipoh Perak / Noor Hameida Md Rimi. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Pembentukan sesebuah rekabentuk adalah berdasarkan apa yang dilihat, dikaji dan penelitian yang tajam bagi menghasilkan rekabentuk yang berjaya. la harus dilihat dari pelbagai aspek luaran atau dalaman. Projek akhir Rekabentuk Dalaman di peringkat Diploma ini adalah merupakan manifestasi terhadap kefahaman pelajar tentang seluruh aspek projek reabentuk dalaman yang telah dipelajari dari peringkat paling asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih bagi projek akhir ini ialah cadangan mereka bentuk skima baru bagi Restoran Kampung Boy bertempat di No 6 Jalan Panglima Bukit Gantang, 3000 Ipoh, Perak. Objektif utama projek ini adalah untuk memberikan satu cadangan skim rekabentuk yang baru bagi restoran disamping memberikan suasana yang praktikal, sistematik, dan berfungsi kepada pelanggan serta servis yang berkualiti. Selain itu, pemilihan projek ini juga adalah untuk mengetengahkan rekabentuk dan konsep baru bagi sesebuah restoran. Dengan terhasilnya rekabentuk dalaman yang baru bagi Restoran Kampun Boy ini, adalah diharapkan bahawa ia dapat menarik perhatian orang ramai khususnya rakyat tempatan bahawa kita juga mampu memberi saingan kepada restoran lain. Disamping itu, ia juga dapat memperkembangkan lagi kerjaya pemilik restoran.Tema dan konsep juga diaplikasikan dalam ruang restoran untuk menonjolkan lagi nilai estetika restoran tersebut. Konsep dan imej yang dicadangkan dijangka mampu memberi satu kesan yang baik dan juga boleh menjadi salah satu tarikan utama pada pelanggan dan orang ramai yang datang. Beberapa penyelidikan telah di jalankan bagi menjayakan projek akhir restoran ini, antaranya termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian soal selidik. Kesemua kajian-kajian tersebut adalah bertujuan mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang ada dan ada juga untuk mengatasi beberapa masalah yang timbul. Kajian-kajian yang telah dijalankan ini akan diterapkan didalam proses rekabentuk, dengan tujuan mendapatkan satu rekabentuk yang menarik dan sesuai dengan imej kampung boy yang ingin ditonjolkan samada dari segi fungsi dan nilai estetikanya. Konsep yang diterapkan disini iaiah “ Kampung Boy “ dimana membolehkan orang ramai mengingati semula memori pada waktu mereka kanak-kanak dahulu.Sebagai cabaran, saya akan cuba yang terbaik untuk melahirkan idea-idea untuk merekabentuk Restoran Kampung Boy agar ia menjadi salah satu ikon dan tarikan di Malaysia suatu hari nanti.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Md Rimi, Noor Hameida
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rerekabentuk ruang dalaman; Restoran Kampung Boy; Datuk Mohd Nor Khalid
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20814
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_NOOR HAMEIDA MD RIMI AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_NOOR HAMEIDA MD RIMI AP 09_5.pdf

Download (98kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:
On Shelf

ID Number

20814

Indexing

Statistic

Statistic details