Cadangan merekabentuk dalaman bagi Restoran Bora Flora / Na’imah Shafiee

Shafiee, Na’imah (2009) Cadangan merekabentuk dalaman bagi Restoran Bora Flora / Na’imah Shafiee. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Kajian akhir yang dilakukan adalah untuk mewujudkan sebuah restoran bertema yang berkonsepkan Bali Kontemporari dan berimejkan flora dan fauna dan meghidangkan pelbagai pilihan menu terutamanya ‘fusion’ Melayu, Indonesia, Thailand dan juga masakan dari Barat dan juga menghidangkan jenis makanan dari menu yang dicipta khas sempena restoran ini. Di dalam ruang restoran ini, penekanan elemen-elemen ala Bali, Restoran Bora Ombak dan Bora Asmara juga dijadikan sebagai rujukan dan panduan untuk menonjolkan tema dan konsep yang ingin disampaikan. Cara reka bentuk ruang diilham dan diadun secara simbolik dan juga secara terus-menerus.Sebelum melaksanakan projek ini, beberapa kajian telah dijalankan untuk memenuhi kehendak dan matlamat klien. Antara kajian yang telah dilakukan termasuklah kajian pemilihan tapak, kajian temuramah, kajian pemerhatian, kajian kes dan kajian dengan membuat soal selidik. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji kelemahan-kelemahan yang terdapat pada rangkaian makanan dan juga rekabentuk dalaman serta pengurusan terhadap sesebuah restoran pada masa kini. Kajian-kajian dan proses pengumpulan data akan dianalisis dan diterapkan di dalam proses merekabentuk untuk mendapatkan rekabentuk yang selesa, menarik disamping mewujudkan satu imej baru dengan sentuhan gaya dan imej yang tersendiri.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Shafiee, Na’imahUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NA Architecture > Details and decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20804
Uncontrolled Keywords: Rerekabentuk dalaman; Restoran Bora Flora
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20804

Download

[img]
Preview
Text
PPd_NA'IMAH SHAFIEE AP 09_5.pdf

Download (126kB) | Preview

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year