Cadangan rekabentuk baru ruang dalaman untuk Gempakstarz kedai komik / Khairunnizwani Ramdan

Ramdan, Khairunnizwani (2009) Cadangan rekabentuk baru ruang dalaman untuk Gempakstarz kedai komik / Khairunnizwani Ramdan. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_KHAIRUNNIZWANI RAMDAN AP 09_5.pdf

Download (147kB) | Preview

Abstract

Projek yang telah dipilih untuk projek akhir ini adalah merekabentuk baru kedai komik GEMPAKSTARZ untuk syarikat penerbitan Art Square Group Sdn. Bhd. yang berlamat di nombor 1, Jalan Wangsa Delima 1A, D’Wangsa, Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur. Pemilihan projek ini bermula dengan isu-isu yang dikemukakan untuk mengukuhkan jenama produk penerbitan Art Square Group Sdn. Bhd disamping mengembangkan sayap peniagaan mereka ke luar negara. Pembinaan kedai pertama yang menghimpunkan kesemua produk terbitan dan keluaran syarikat Art Square Group menjadi projek pertama juga buat syarikat ini dalam bidang yang berbeza. Pasaran pada masa ini menunjukkan peningkatan dalam penjualan majalah dan komik menandakan golongan yang meminati bahan bacaan seperti ini besar dan mampu membawa keuntungan yang tinggi. Oleh yang demikian, Wangsa Maju terutamanya kawasan D’Wangsa merupakan tempat yang amat sesuai untuk kedai komik GEMPAKSTARZ kerana berdekatan dengan beberapa buah kolej kesenian dan pembangunan pesat yang ditunjukkan dengan pembinaan pusat membeli belah utama di Wangsa Maju iaitu Wangsa Walk Mall. Produk utama yang akan dijual di kedai komik ini adalah komik dan majalah yang diterbitkan setiap bulan. Pemilihan nama kedai GEMPAKSTARZ adalah berdasarkan populariti jenama komik ini berbanding komik dan majalah lain. Golongan masyarakat yang akan menjadi pelanggan terbesar untuk kedai komik ini adalah dari golongan remaja. Sehubungan dengan itu, beberapa siri kajian dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian sebelum mengemukan cadangan lanjut terhadap projek ini. Antara kaedah kajian ialah melalui temuramah, media cetak, internet, pemerhatian, pengalaman dan juga hasil daripada kajian kes samada dari dalam atau luar negara. Kesimpulannya , konsep dan rekabentuk di dalam kedai ini perlu menampakkan ciri-ciri sebuah kedai komik yang menjual bahan bacaan kreatif dan juga yang bersesuaian dan dijangka dapat menarik perhatian golongan remaja untuk mengunjungi kedai ini. Konsep yang dipilih untuk kedai ini dalah ‘infinite ’ yang membawa maksud tanpa sempadan yang diterapkan ke dalam ruang dengan menjadi ruang lebih terbuka dengan penggunaan gelas dan besi sebagai bahan utama untuk kedai ini. Stail dan imej yang digunakan adalah untuk menambahkan keseronokkan dan keceriaan apabila berada didalam kedai ini ketika membuat pilihan untuk membeli komik dan majalah yang dipamerkan.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsID Num.
Ramdan, KhairunnizwaniUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20775
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk baru; Rekabentuk dalaman; Gempakstarz kedai komik
Last Modified: 26 Jul 2018 03:29
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20775

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year