Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan: meningkatkan kecekapan operasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat (Research Application Management System: towards operational excellent in Academic Affairs Department, UiTM Johor Branch, Segamat Campus) / Muhammad Asyraf Wahi Anuar … [et al.]

Wahi Anuar, Muhammad Asyraf and Osman, Suhaila and Azizan, Nurhafizah and Ishak, Isma and Ahmad, Rohayu and Md Ajis, Ahmad Fuzi and Ishak, Mohd Zul Azmi and Baharin, Siti Hajar and Kamarulzaman, Rabiatul Adawiyah (2017) Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan: meningkatkan kecekapan operasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat (Research Application Management System: towards operational excellent in Academic Affairs Department, UiTM Johor Branch, Segamat Campus) / Muhammad Asyraf Wahi Anuar … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (1). pp. 28-40.

[img]
Preview
Text
AJ_MUHAMMAD ASYRAF WAHI ANUAR JURIM 17.pdf

Download (31MB) | Preview

Abstract

Penggunaan teknologi dapat memperkasakan kecekapan operasi sesebuah organisasi melalui penjanaan sistem inovasi yang menepati keperluan dan kehendak pemberi dan penerima sesuatu perkhidmatan. Artikel ini membincangkan tentang inovasi Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan (RAMS) yang digunapakai di Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan bagaimana ianya bertindak sebagai ejen pengubah budaya kerja serta memperlihatkan penggunaan teknologi yang terkini untuk menguruskan permohonan penyelidikan oleh pelajar dengan lebih efektif dan efisyen. Penciptaan inovasi RAMS juga mewujudkan sebuah repositori permohonan secara berpusat dan menggunakan platform elektronik yang boleh diakses secara atas talian sekaligus mempromosikan penggunaan rekod elektronik serta memastikan keberkesanan proses penciptaan dan kawalan rekod elektronik mengikut piawaian yang ditetapkan seperti penyimpanan, akses serta keselamatan data. Dalam pembangunan dan penggunaan RAMS, beberapa prosedur operasi standard telah dikemaskini bagi memastikan keberkesanan penggunaan RAMS dan penggunaan kod QR sebagai mekanisma perkongsian dan validasi juga telah diperkenalkan. Metodologi penciptaan inovasi juga diperkenalkan bagi menyokong proses penjanaan idea serta teras kepada projek inovasi ini terutamanya dalam pembangunan sistem dan penyimpanan rekod elektronik yang mengikut spesifikasi yang betul. Melalui beberapa proses dalam peringkat penciptaan inovasi, RAMS juga telah menjalani beberapa penambahbaikan untuk memastikan proses pengurusan permohonan penyelidikan adalah lebih lengkap dan cekap.

Item Type: Article
Creators:
CreatorsEmail
Wahi Anuar, Muhammad AsyrafUNSPECIFIED
Osman, SuhailaUNSPECIFIED
Azizan, NurhafizahUNSPECIFIED
Ishak, IsmaUNSPECIFIED
Ahmad, RohayuUNSPECIFIED
Md Ajis, Ahmad FuziUNSPECIFIED
Ishak, Mohd Zul AzmiUNSPECIFIED
Baharin, Siti HajarUNSPECIFIED
Kamarulzaman, Rabiatul AdawiyahUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
Divisions: Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 28-40
Item ID: 20740
Uncontrolled Keywords: Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan
Last Modified: 20 Jul 2018 08:40
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20740

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year