Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan: meningkatkan kecekapan operasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat (Research Application Management System: towards operational excellent in Academic Affairs Department, UiTM Johor Branch, Segamat Campus) / Muhammad Asyraf Wahi Anuar … [et al.]

Wahi Anuar, Muhammad Asyraf and Osman, Suhaila and Azizan, Nurhafizah and Ishak, Isma and Ahmad, Rohayu and Md Ajis, Ahmad Fuzi and Ishak, Mohd Zul Azmi and Baharin, Siti Hajar and Kamarulzaman, Rabiatul Adawiyah (2017) Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan: meningkatkan kecekapan operasi di Bahagian Hal Ehwal Akademik, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat (Research Application Management System: towards operational excellent in Academic Affairs Department, UiTM Johor Branch, Segamat Campus) / Muhammad Asyraf Wahi Anuar … [et al.]. Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM), 1 (1). pp. 28-40. ISSN 2600-7606

Abstract

Penggunaan teknologi dapat memperkasakan kecekapan operasi sesebuah organisasi melalui penjanaan sistem inovasi yang menepati keperluan dan kehendak pemberi dan penerima sesuatu perkhidmatan. Artikel ini membincangkan tentang inovasi Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan (RAMS) yang digunapakai di Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat dan bagaimana ianya bertindak sebagai ejen pengubah budaya kerja serta memperlihatkan penggunaan teknologi yang terkini untuk menguruskan permohonan penyelidikan oleh pelajar dengan lebih efektif dan efisyen. Penciptaan inovasi RAMS juga mewujudkan sebuah repositori permohonan secara berpusat dan menggunakan platform elektronik yang boleh diakses secara atas talian sekaligus mempromosikan penggunaan rekod elektronik serta memastikan keberkesanan proses penciptaan dan kawalan rekod elektronik mengikut piawaian yang ditetapkan seperti penyimpanan, akses serta keselamatan data. Dalam pembangunan dan penggunaan RAMS, beberapa prosedur operasi standard telah dikemaskini bagi memastikan keberkesanan penggunaan RAMS dan penggunaan kod QR sebagai mekanisma perkongsian dan validasi juga telah diperkenalkan. Metodologi penciptaan inovasi juga diperkenalkan bagi menyokong proses penjanaan idea serta teras kepada projek inovasi ini terutamanya dalam pembangunan sistem dan penyimpanan rekod elektronik yang mengikut spesifikasi yang betul. Melalui beberapa proses dalam peringkat penciptaan inovasi, RAMS juga telah menjalani beberapa penambahbaikan untuk memastikan proses pengurusan permohonan penyelidikan adalah lebih lengkap dan cekap.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Wahi Anuar, Muhammad Asyraf
UNSPECIFIED
Osman, Suhaila
UNSPECIFIED
Azizan, Nurhafizah
UNSPECIFIED
Ishak, Isma
UNSPECIFIED
Ahmad, Rohayu
UNSPECIFIED
Md Ajis, Ahmad Fuzi
UNSPECIFIED
Ishak, Mohd Zul Azmi
UNSPECIFIED
Baharin, Siti Hajar
UNSPECIFIED
Kamarulzaman, Rabiatul Adawiyah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Technological innovations
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA)
Journal or Publication Title: Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
UiTM Journal Collections: UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)
ISSN: 2600-7606
Volume: 1
Number: 1
Page Range: pp. 28-40
Keywords: Sistem Pengurusan Permohonan Penyelidikan
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20740
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of AJ_MUHAMMAD ASYRAF WAHI ANUAR JURIM 17.pdf]
Preview
Text
AJ_MUHAMMAD ASYRAF WAHI ANUAR JURIM 17.pdf

Download (31MB) | Preview

ID Number

20740

Indexing

Statistic

Statistic details