Abstract
Kajian ini dijalankan untuk menghasilkan pelembut daging, gabungan daun nangka dengan herba dan rempah-ratus. Pembuatan pelembut daging ini bermula dari proses pengeringan daun nangka pada suhu 50°C di dalam ketuhar dan kemudian diproses menjadi serbuk. Kemudian, ia dicampur dengan herba dan rempah terpilih untuk menjadi rempah sup sebagai produk akhir. Semua bahan dan produk akhir berada dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam plastik kedap udara. Beberapa ujian telah dijalankan untuk menguji keberkesanan pelembut daging dan penerimaan produk baru ini di kalangan orang. Bahagian bawah daging lembu telah dipilih untuk eksperimen ini. Tiga jenis rawatan daging yang terdiri daripada daging tanpa rawatan (C), daging dengan pelembut daging komersial (Bl) dan daging dengan rempah sup yang telah dihasilkan (B2). Kelembutan daging yang telah dimasak dianalisis menggunakan penganalisis tekstur. Terdapat perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara daging tanpa rawatan dan daging dengan rawatan pelembut daging. Walau bagaimanapun, tiada perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pelembut daging komersial dengan rempah sup yang telah dihasilkan dalam kajian ini. 25 panel dipilih untuk penilaian sensori dan ujian dilakukan dengan menggunakan skala 9 hedonik. Tiada perbezaan yang signifikan (p<0.05) antara pelembut daging komersial dengan rempah sup bagi ujian penilaian sensori.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Bohari, Muhammad Fathee UNSPECIFIED Zakaria, Fatin Nadzirah UNSPECIFIED Yusof, Suzana UNSPECIFIED Tengku Ahmad Basri, Tengku Shahrul Anuar UNSPECIFIED Hashim, Nina Keterina UNSPECIFIED Dasiman, Razif UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > T Technology (General) > Industrial research. Research and development T Technology > T Technology (General) > Creative ability in technology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Institute of Quality & Knowledge Advancement (InQKA) |
Journal or Publication Title: | Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM) |
ISSN: | 2600-7606 |
Volume: | 1 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 98-108 |
Keywords: | Inovasi; rempah sup; daun nangka |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20739 |
Download
AJ_MAHIRAH SAIRUJI JURIM 17.pdf
Download (28MB) | Preview