Cadangan rekabentuk baru kelab penyokong Liverpool di No 120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru Kuala Lumpur / Muhammad Hilmie Ros

Ros, Muhammad Hilmie (2009) Cadangan rekabentuk baru kelab penyokong Liverpool di No 120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru Kuala Lumpur / Muhammad Hilmie Ros. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Projek yang telah dipilih bagi melengkapkan subjek pada semester akhir ini ialah Cadangan Rekabentuk Ruang Dalaman Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool yang baru di atas sebuah lot beralamat No120, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kg Baru, Kuala Lumpur untuk Tetuan Kelab Penyokong Bolasepak Liverpool Cawangan Malaysia. Sebelum menjalankan tesis ini, pelbagai prosedur perlu dilalui mengikut fasa-fasa tertentu. Pelbagai faktor dan perkara penting telah diambil kira terutama dari sudut ruang dalaman serta kawasan luar tapak. Aktiviti mengenalpasti masalah yang wujud dilakukan terlebih dahulu sebelum proses yang seterusnya dijalankan. Ini adaiah penting bagi mengelakkan berlakunya masalah yang sama pada masa hadapan dan supaya projek akhir ini boleh berjalan dengan lancar dan berkesan. Kajian bermula daripada peringkat perkara asas hinggalah perkara halus yang perlu diteliti. Kajian mengenai kelab-kelab lain yang sedia ada di seluruh dunia juga dilakukan bagi membuat perbandingan yang perlu. Sehubungan itu, proses pengumpulan data akan diterapkan supaya proses rekabentuk yang berjaya dan menarik dapat dihasilkan disamping dapat menonjolkan imej dan elemen yang hendak disampaikan. Justeru itu, perancangan yang teliti telah dibuat sebelum proses rekabentuk. Kepentingan pengguna khususnya ahli kelab adaiah diutamakan dalam merekabentuk kelab ini. Maka, satu ruang yang mempunyai imej dan elemen yang tersendiri harus direka bagi memberi kesan positif dari segi psikologi. la menjurus kepada satu ruang yang menaikkan semangat dan menampakkan ciri-ciri semangat membara pasukan Liverpool F.C khususnya.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
CreatorsID Num. / Email
Ros, Muhammad HilmieUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20724
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk; Kelab
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20724

Download

[img]
Preview
Text
PPd_MUHAMMAD HILMIE ROS AP 09_5.pdf

Download (126kB) | Preview

Fulltext

Fulltext is available at:
UNSPECIFIED

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year