Cadangan merekabentuk ruang dalaman baru hotel butik untuk YTL Corporation Bhd di A 212 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur / Mohamad Faiz Mohamad Nor

Mohamad Nor, Mohamad Faiz (2009) Cadangan merekabentuk ruang dalaman baru hotel butik untuk YTL Corporation Bhd di A 212 Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur / Mohamad Faiz Mohamad Nor. [Student Project] (Unpublished)

Abstract

Sebagai melengkapkan sesi pembelajaran bagi pelajar Diploma Rekabentuk Dalaman, projek akhir merupakan manifestasi terhadap kefahaman para pelajar tentang keseluruhan aspek projek rekabentuk dalaman dari awal sesi pembelajaran di peringkat asas hingga ke peringkat persembahan cadangan rekabentuk. Projek yang telah dipilih sebagai projek akhir untuk Diploma Rekabentuk Dalaman ini ialah merekabentuk baru ruang dalaman hotel butik bagi YTL Corporation Berhad yang terletak di Lot A 212 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur. Hotel butik yang dicadangkan ini merupakan salah satu hotel butik yang terdapat di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Bertempat di lokasi yang strategik dan juga di dalam kawasan segitiga emas Bandaraya Kuala Lumpur, sasaran utama pelanggannya adalah di kalangan rakyat tempatan dan juga pelancong asing yang datang berkunjung ke negara ini. Umum mengetahui, hotel butik merupakan hotel yang berkonsep dan mempunyai imejnya yang tersendiri. Maka tidak hairanlah jika perkhidmatan yang ditawarkan adalah berbeza berbanding dengan hotel-hotel yang sedia ada. Walaupun harga penginapan yang ditawarkan agak mahal sedikit berbanding hotel lain, suasana yang ditawarkan umpama seperti berada di dalam kediaman sendiri. Konsep dan imej rekabentuk yang dipilih untuk hotel butik ini adalah moden kontemporari yang mana gaya rekabentuk yang diterapkan mengikut gaya hidup masyarakat pada masa sekarang yang serba moden dan canggih. Sehubungan dengan itu, setiap rekabentuk yang dihasilkan memerlukan kajian secara terperinci dan menyeluruh agar memenuhi piawaian yang telah ditetapkan. Kaedah kajian yang digunakan pula adalah melalui sesi temuramah, rujukan melalui media cetak dan juga media elektronik, pemerhatian serta kajian kes yang dijalankan samaada dari dalam mahupun luar negara. Hasil daripada kajian dan penyelidikan yang di jalankan, maklumat-maklumat dan data yang diperolehi dapat digunakan di dalam proses merekabentuk sebuah hotel butik yang bersistematik dan menarik yang mampu menggamit mata setiap pelanggan yang berkunjung.

Metadata

Item Type: Student Project
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Nor, Mohamad Faiz
UNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: Rekabentuk dalaman; butik; butik hotel
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20668
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PPd_MOHAMAD FAIZ MOHAMAD NOR AP 09_5.pdf]
Preview
Text
PPd_MOHAMAD FAIZ MOHAMAD NOR AP 09_5.pdf

Download (138kB) | Preview

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

20668

Indexing

Statistic

Statistic details