Laporan untuk merekabentuk baru Spa Mustika Ratu / Ili Nabihan Aziz

Aziz, Ili Nabihan (2009) Laporan untuk merekabentuk baru Spa Mustika Ratu / Ili Nabihan Aziz. Student Project. Faculty of Architecture, Planning and Surveying, Seri Iskandar, Perak. (Unpublished)

[img]
Preview
Text
PPd_ILI NABIHAN AZIZ AP 09_5.pdf

Download (132kB) | Preview

Abstract

Bagi projek akhir IND 381 (Kursus Rekabentuk Dalaman), saya telah memilih cadangan projek untuk Merekabentuk Baru Spa Mustika Ratu. Projek ini memjadi piliham berdasarkan kajian yang telah dibuat samada dalam pencari masalah yang sediada, pemerhatian, pengumpulan data dan lain-lain. Selain daripada itu, perkara yang perlu di ambil kira dan dititikberatkan dalam menjayakan sesuatu projek adalah mengetahui objektif, skop, halangan dan kepentingan projek khususnya. Kesemua hal ini adalah sangat penting dam merupakan perkara yang perlu diketahui sebelum memulakan sesuatu projek. Pemilihan cadangan ini adalah berdasarkan kajian dan pemerhatian yang telah dibuat dan menunjukkan wujudnya masalah-masalah tertentudan ianya masih tidak dibaiki. Namun kewujudan Spa Mustika Ratu ini dapat memberi perkhidmatan urutan dan suasana yang berkonsepkan bali dengan menggunakan produk kecantikkan dan kesihatan daripada Mustika Ratu. Selain itu juga dapat meningkatkan penjualan produk Mustika Ratu. Kajian yang dijalankan adalah untuk memperolehi maklumat terperinci mengenai projek yang akan dijalankan. Maklumat ini bertujuan untuk membantu setiap proses rekabentuk dalaman serta dapat mengikuti dan menepati cirri-ciri yang diperlukan dan yang ditetapkan oleh klien. Melalui kajian yang dijalankan didapati terdapat masalah-masalah yang timbul dimana para pelanggan tidak dapat mengetahui keberkesanan produk Mustika Ratu sebelum menggunakannya. Disamping itu, produk Mustika Ratu kini lebih mendapat persaingan hebat dengan produk-produk kecantikan dan kesihatan yang lain. Daripada situasi ini cadangan merekabentuk baru spa ini adalah bertujuan untuk menghasilkan sebuah spa yang berkonsepkan bali dan mengharapkan kunjungan pelanggan dapat berkongsi dan merasai suasana tropika yang sebenar.

Item Type: Monograph (Student Project)
Creators:
CreatorsEmail
Aziz, Ili NabihanUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design
N Fine Arts > NK Decorative arts > Interior decoration. House decoration
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning & Surveying
Item ID: 20620
Uncontrolled Keywords: Rekabentuk; Rekabentuk dalaman; Spa
Last Modified: 12 Jul 2018 09:17
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20620

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year