Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don

Muhamad Don, Mohd. Ali (2018) Pengurusan dana wakaf universiti menurut enakmen wakaf Negeri Selangor / Mohd. Ali Muhamad Don. In: The Doctoral Research Abstracts. IGS Biannual Publication, 13 (13). Institute of Graduate Studies, UiTM, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
ABS_MOHD. ALI MUHAMAD DON TDRA VOL 13 IGS 18.pdf

Download (415kB) | Preview

Abstract

Wakaf merupakan satu daripada instrumen terpenting yang menjadi pemangkin perkembangan Institusi Pendidikan Islam sejak dahulu lagi. Ini terbukti dengan penggunaan dana wakaf untuk pembinaan Masjid Quba’ yang turut berperanan sebagai institusi pendidikan awal. Ia terus berkembang sehingga tertubuhnya universiti wakaf terulung iaitu Universiti al-Azhar di Mesir. Sejak itu konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf turut dicontohi di lain-lain universiti di dunia Islam mahupun di Barat. Mutakhir ini, Pusat Pengajian Tinggi di Malaysia turut mengamalkan konsep pembiayaan pendidikan berasaskan wakaf. Ini terutamanya disebabkan oleh pengurangan bajet yang diterima oleh pihak universiti dan wakaf dilihat mempunyai prospek yang baik bagi penambahan dana. Namun begitu pengurusan wakaf di Malaysia adalah terikat dengan peruntukan enakmen Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), di mana MAIN sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee) sehingga tiada pihak dibenarkan menguruskan wakaf tanpa kebenaran MAIN. Akibatnya terdapat universiti mengguna pakai istilah endowment bagi mengelak terikat dengan enakmen. Justeru kajian ini dibuat bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengurusan dana wakaf di beberapa buah universiti di Negeri Selangor…

Item Type: Book Section
Creators:
CreatorsEmail
Muhamad Don, Mohd. AliUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Dissertations, Academic. Preparation of theses > Malaysia
Divisions: Institut Pengajian Siswazah (IPSis) : Institute of Graduate Studies (IGS)
Series Name: IGS Biannual Publication
Volume: 13
Number: 13
Item ID: 20462
Uncontrolled Keywords: Abstract; Abstract of thesis; Newsletter; Research information; Doctoral graduates; IPSis; IGS; UiTM; Pengurusan dana wakaf; wakaf
Last Modified: 08 Jun 2018 07:42
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20462

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year