Abstract
Laporan Kajian Akhir (THE 386) adalah hasil analisa berdasarkan cadangan projek untuk semester akhir. Laporan kajian ini mengandungi kronologi dan perkembangan projek dari mula hingga akhir. Semua informasi dan maklumat kajian adalah yang terkini dan mengikut garis format yang dikeluarkan oleh Jabatan Senibina Dalaman, Universiti Teknologi MARA. Semua data dan maklumat kajian yang dihasilkan dalam bentuk tulisan yang lengkap diterangkan dalam bentuk graf, gambarajah dan diagram yang bertujuan untuk memberikan panduan visual yang mudah difahami. Ia juga merupakan sebahagian daripada kriteria yang dikehendaki oleh Jabatan Senibina Dalaman. Laporan kajian akhir dilakukan untuk projek KENKO iaitu Spa ikan dan Refleksologi yang memberikan imej tradisional Melayu dan ‘rustic’ selain menitikberatkan strategi pemasaran. Konsep rekabentuk yang ingin dicapai ialah kehidupan dalam Rumah Tradisional Melayu dan teknologi lama dan antik yang dipraktikkan oleh etnik Melayu Lama terhadap sesebuah ruang dalaman. Laporan kajian akhir ini juga mengandungi kajian penuh terhadap proses merekabentuk sebuah spa dan pusat refleksologi. Kaedah-kaedah kajian ini termasuklah kajian terhadap keperluan ruang, kehendak klien, proses penataan ruang dalaman dan proses merekabentuk ruang spa. Diharapkan laporan kajian akhir ini akan menjadi rujukan yang lengkap.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Al Fadzil, Abdul Al Halim UNSPECIFIED |
Subjects: | N Fine Arts > NA Architecture > Architectural drawing and design |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | Interior design; Spa; Architecture |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20448 |
Download
PPd_ABDUL AL HALIM MOHD AL FADZIL AP 09_5.pdf
Download (139kB)