Gagasan Madrasah al-Zahra’: Penubuhan universiti Islam di akhir kerajaan Turki Uthmani / Mohd Nasir Ayub … [et al.]

Ayub, Mohd Nasir and Mohd Noor, Muaz and Kasim, Noor Hidayah and Amat, Rafidah (2017) Gagasan Madrasah al-Zahra’: Penubuhan universiti Islam di akhir kerajaan Turki Uthmani / Mohd Nasir Ayub … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Aspek Pendidikan amat ditekankan dalam ajaran Islam. Pendidikan yang berkualiti dan menepati kaca mata Islam akan membentuk sahsiah Muslim yang beriman serta cemerlang dunia dan akhirat. Dalam konteks yang lebih menyeluruh penubuhan universiti sebagai medan ilmu yang lebih bersistematik telah lama dipraktikkan di negara umat Islam, khususnya dengan kewujudan Universiti Al-Azhar, yang merupakan universiti tertua di dunia. Namun, apakah penubuhan universiti-universiti di negara umat Islam kini memenuhi keperluan umat Islam itu sendiri sekaligus menepati ciri-ciri ketamadunan Islam. Kertas kerja ini berhasrat mencungkil idea-idea pendidikan seorang pemikir Islam di akhir pemerintahan kerajaan Turki Uthmani, iaitu Syeikh Badiuzzaman Said Nursi yang dianggap tokoh yang telah menemukan ilmu agama dan ilmu sains dalam kerangka yang satu berdasarkan model Madrasah al-Zahra‘. Kajian ini adalah kajian kepustakaan dan analisisnya pula berdasarkan kerangka analisis kandungan. Kajian ini mendapati bahawa idea penubuhan Universiti Islam Madrasah al-Zahra‘ oleh Syeikh Badiuzzaman Said Nursi amat selari dengan tuntutan agama, memenuhi keperluan umat Islam serta mengembalikan kekuatan umat Islam dalam mendepani penjajahan kuasa Barat pada ketika itu.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ayub, Mohd Nasir
UNSPECIFIED
Mohd Noor, Muaz
UNSPECIFIED
Kasim, Noor Hidayah
UNSPECIFIED
Amat, Rafidah
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 1057-1071
Keywords: Madrasah al-Zahra; Universiti Islam; Kerajaan Turki Uthmani
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20240
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_MOHD NASIR AYUB M 17.pdf] Text
PRO_MOHD NASIR AYUB M 17.pdf

Download (1MB)

ID Number

20240

Indexing

Statistic

Statistic details