Perubahan akhlak saudara kita selepas memeluk Islam di Johor / Nur Najwa Hanani Abd Rahman … [et al.]

Abd Rahman, Nur Najwa Hanani and Ahmad, Mohd Farhan and P Othman, Noraishah and Sujak, Siti Fairuz and Ab Rahman, Luqmanulhakim (2017) Perubahan akhlak saudara kita selepas memeluk Islam di Johor / Nur Najwa Hanani Abd Rahman … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis perubahan akhlak Saudara Kita selepas memeluk Islam di Johor. Dalam konteks kajian ini yang dimaksudkan dengan perubahan akhlak ialah perubahan-perubahan yang dihadapi oleh Saudara Kita dari sudut perbuatan dan percakapan yang berlaku ke atas diri seseorang Saudara Kita selepas mereka memeluk Islam. Perubahan-perubahan akhlak ini penting bagi memastikan Saudara Kita dapat menghadapi kehidupan yang lebih bahagia serta dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam dengan lebih sempurna walaupun berada dalam kelompok ahli keluarga yang sama-sama telah memeluk Islam atau yang bukan Islam. Antara perubahan-perubahan akhlak yang dikaji dalam kajian ini ialah menghormati ibu bapa dan ahli keluarga Islam dan bukan Islam, adab percakapan, tanggungjawab, ziarah, pemakaian, hormat-menghormati, aktiviti keluarga dan pemakanan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Seramai 455 Saudara Kita di Johor telah dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik. Hasil kajian yang diperolehi mendapati terdapat perubahan yang berlaku dalam hubungan kekeluargaan dari sudut akhlak terhadap Saudara Kita selepas memeluk Islam di Johor.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Rahman, Nur Najwa Hanani
UNSPECIFIED
Ahmad, Mohd Farhan
UNSPECIFIED
P Othman, Noraishah
UNSPECIFIED
Sujak, Siti Fairuz
UNSPECIFIED
Ab Rahman, Luqmanulhakim
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic ethics
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 969-986
Keywords: Akhlak saudara; Islam
Date: 2017
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20231
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of PRO_NUR NAJWA HANANI ABD RAHMAN M 17.pdf]
Preview
Text
PRO_NUR NAJWA HANANI ABD RAHMAN M 17.pdf - Other

Download (1MB) | Preview

ID Number

20231

Indexing

Statistic

Statistic details