Abstract
Konsep amar makruf nahi mungkar merupakan salah satu prinsip Islam yang amat penting. Kepentingannya boleh dilihat melalui ayat-ayat al-Quran yang menetapkan kebaikan dan kemajuan umat Islam bergantung kepada pengamalannya yang berterusan dalam masyarakat. Malah konsep ini menjadi tunjang kepada kestabilan masyarakat Islam sepanjang sejarah. Pengabaian terhadap kewajipan ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur. Makalah ini menganalisis konsep amar makruf nahi mungkar dalam kerangka dakwah Islam berdasarkan pemahaman ulama terdahulu dan semasa, serta cuba mengaplikasi konsep tersebut dalam situasi semasa umat Islam. Berpandukan kepada pemahaman ulama, boleh disimpulkan umat Islam tidak boleh dilalaikan oleh seruan kepada amar makruf nahi mungkar dalam isu picisan, sehingga melupakan makruf dan mungkar terbesar. Bahkan mereka perlu memahami dan memfokuskan usaha dan tenaga kepada permasalahan makruf dan mungkar terbesar (makruf akbar dan mungkar akbar). Pemahaman isu ini akan menyedarkan mereka terhadap arah tuju dakwah Islam dan peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat moden hari ini.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Musa, Razali UNSPECIFIED Wan Jusoh, Wan Hishamudin UNSPECIFIED Othman, Mohd Shahril UNSPECIFIED Syed Omar, Syed Hadzrullathfi UNSPECIFIED Ali, Mohd Safri UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 889-894 |
Keywords: | Konsep amar makruf nahi mungkar; Dakwah Islam |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20220 |