Dilema hak suami pasca penceraian: Suatu penelitian awal di Malaysia / Mohd Ab Malek Md Shah … [et al.]

Md Shah, Mohd Ab Malek and Ab Hasan, Zunaidah and Mahzan, Sulaiman and Abd Malib, Marziana and Adanan, Akmal and Darson, Mohamad Daim (2017) Dilema hak suami pasca penceraian: Suatu penelitian awal di Malaysia / Mohd Ab Malek Md Shah … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_MOHD AB MALEK MD SHAH M 17.pdf

Download (0B)

Abstract

Apabila kita berbicara tentang isu penceraian, tergambar kepada kita akan segala tuntutan yang berhak untuk dipohon oleh si isteri; secara langsung mahupun tidak langsung menurut syara'. Ini termasuklah hak untuk mendapatkan muta‘ah (pampasan atau ganti rugi akibat diceraikan), tuntutan nafkah ‘iddah, hadhanah (hak penjagaan anak), tuntutan nafkah anak, hak untuk menuntut harta sepencarian (jointly acquired property) serta tuntutan hutang (sekiranya masih belum dilangsaikan oleh si suami selama tempoh perkahwinan berlangsung). Hakikatnya, apabila sesuatu bahtera rumahtangga yang telah terbina sejak sekian lama karam dipukul gelombang kehidupan yang penuh cabaran mendatang, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak akan mengambil jalan singkat dengan menuding jari ke atas kaum Adam; lantas bingkas mempersoalkan akan segala tuntutan hak yang boleh (wajib) dinikmati oleh bekas isteri menurut lunas – lunas perundangan secara hakiki. Ironinya, terdapat ramai di antara kita yang jarang untuk menyentuh akan segala hak yang wajar dipohon oleh pihak bekas suami akibat daripada kegagalannya untuk mempertahankan keutuhan “masjid” tersebut daripada runtuh begitu sahaja. Ini kerana; tiada terdapat sebarang kajian atau analisis khusus yang menjurus ke arah perbincangan berhubung segala hak bekas suami pasca penceraian. Selain itu, penulis turut membuat perbandingan secara umum terhadap peruntukan dari segi lunas – lunas perundangan terhadap segala tuntutan yang boleh dibuat oleh kedua – dua belah pihak daripada kedua – dua sistem yang terpakai di Malaysia. Justeru; adalah menjadi harapan penulis bahawa; menerusi penulisan yang berbentuk kualitatif ini; terdapat kefahaman yang lebih jelas terhadap segala tuntutan yang boleh dipohon oleh setiap pasangan dalam memastikan kebajikan dan keadilan antara kedua – dua belah pihak; termasuklah anak – anak supaya dapat dilestarikan secara situasi menang – menang (win – win situation).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Md Shah, Mohd Ab MalekUNSPECIFIED
Ab Hasan, ZunaidahUNSPECIFIED
Mahzan, SulaimanUNSPECIFIED
Abd Malib, MarzianaUNSPECIFIED
Adanan, AkmalUNSPECIFIED
Darson, Mohamad DaimUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and state
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 799-808
Item ID: 20214
Uncontrolled Keywords: Dilema hak suami; cerai; Syara'
Last Modified: 12 Apr 2018 05:53
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20214

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year