Siapakah yang sayang: Pengurusan gerontologi, kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang / Nurzahidah Jaafar … [et al.]

Jaafar, Nurzahidah and Mohd Aris, Suliah and Ismail, Fadhilah Adibah and Saidon, Rafeah (2017) Siapakah yang sayang: Pengurusan gerontologi, kajian di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang / Nurzahidah Jaafar … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_NURZAHIDAH JAAFAR M 17.pdf

Download (0B)

Abstract

Pengurusan warga emas yang sistematik dalam aspek-aspek tertentu antaranya pengurusan kesihatan, perkembangan psikologi, penjagaan emosi, pembangunan rohani adalah sangat signifikan dan selari dengan dasar kerajaan dalam memberikan kebajikan bagi meningkat kualiti dan kesejahteraan kehidupan sebuah tamadun manusia. Pengurusan gerontologi Islam telah lama berkembang sesuai dengan keperluan semasa seperti yang termaktub dalam surah al-Isra ayat 23 dan 24 yang mengkehendaki anak-anak berbuat baik kepada kedua ibu bapa mereka dalam segenap perkara. Tujuan utama kertas kerja ini adalah untuk melihat pengurusan rumah jagaan warga emas menepati 5 dimensi utama kesejahteraan iaitu dimensi kesihatan (penuaan sihat), sosial (penuaan aktif), ekonomi (penuaan produktif), kerohanian (penuaan positif) dan persekitaran (penuaan menyokong). Kaedah penyelidikan kualitatif digunakan dengan mengumpulkan data-data daripada kajian penyelidik terdahulu dan menemubual pengurus dan warga emas Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang. Hasil kajian mendapati dimensi kerohanian dan persekitaran menjadi faktor utama penyumbang kepada kualiti hidup dan kesejahteraan warga tua di Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Jaafar, NurzahidahUNSPECIFIED
Mohd Aris, SuliahUNSPECIFIED
Ismail, Fadhilah AdibahUNSPECIFIED
Saidon, RafeahUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > General works on Islam
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 711-722
Item ID: 20207
Uncontrolled Keywords: Pengurusan gerontologi; Rumah Amal Baitul Rahmah, Rawang
Last Modified: 12 Apr 2018 09:15
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20207

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year