Urustadbir harta wakaf Melaka: Strategi penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) / Norajila Che Man … [et al.]

Che Man, Norajila and Nordin, Rawi and Ab Hamid, Norafifah and Abd Wahab, Nor Azlina (2017) Urustadbir harta wakaf Melaka: Strategi penambahbaikan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) / Norajila Che Man … [et al.]. In: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017), 14-15 November 2017, Avillion Hotel Melaka.

[img] Text
PRO_NORAJILA CHE MAN M 17.pdf

Download (0B)

Abstract

Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang kurang memuaskan.Justeru kertas kerja ini cuba melihat isu-isu berkaitan pengurusan wakaf di Melaka dan strategi penambahbaikan yang dilakukan oleh MAIM bagi mengatasi masalah tersebut. Penelitian kertas ini adalah berdasarkan rujukan terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber antaranya ialah artikel, jurnal, buku, enakmen wakaf, juga hasil temu bual bersama pegawai berautoriti dari MAIM. Dapatan awal mendapati bahawa isu-isu yang telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 berkaitan pengurusan hartanah wakaf di Melaka telah diambil tindakan sewajarnya oleh MAIM. Sebagai contoh ialah isu kos tinggi bayaran penilaian terhadap tanah wakaf yang terpaksa ditanggung oleh MAIM bagi tanah-tanah wakaf yang hendak diwartakan. Justeru pihak MAIM mendapatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka bagi memastikan tanah wakaf dapat diwartakan tanpa dikenakan bayaran penilaian terhadap tanah tersebut.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Che Man, NorajilaUNSPECIFIED
Nordin, RawiUNSPECIFIED
Ab Hamid, NorafifahUNSPECIFIED
Abd Wahab, Nor AzlinaUNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus
Event Title: 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)
Event Dates: 14-15 November 2017
Page Range: pp. 601-611
Item ID: 20139
Uncontrolled Keywords: Urustadbir; Harta wakaf; Melaka; Majlis Agama Islam Melaka (MAIM)
Last Modified: 16 Apr 2018 05:55
Depositing User: Staf Pendigitalan 7
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20139

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year