Abstract
Secara umumnya terdapat banyak hartanah wakaf di Malaysia namun tidak dibangunkan serta diurus dengan baik. Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 (Utusan Online) menyatakan pengurusan hartanah wakaf terutama dalam aspek pewartaan, pengurusan pembangunan dan sewaan berada pada tahap yang kurang memuaskan.Justeru kertas kerja ini cuba melihat isu-isu berkaitan pengurusan wakaf di Melaka dan strategi penambahbaikan yang dilakukan oleh MAIM bagi mengatasi masalah tersebut. Penelitian kertas ini adalah berdasarkan rujukan terhadap dokumen-dokumen dari pelbagai sumber antaranya ialah artikel, jurnal, buku, enakmen wakaf, juga hasil temu bual bersama pegawai berautoriti dari MAIM. Dapatan awal mendapati bahawa isu-isu yang telah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 siri ke 3 berkaitan pengurusan hartanah wakaf di Melaka telah diambil tindakan sewajarnya oleh MAIM. Sebagai contoh ialah isu kos tinggi bayaran penilaian terhadap tanah wakaf yang terpaksa ditanggung oleh MAIM bagi tanah-tanah wakaf yang hendak diwartakan. Justeru pihak MAIM mendapatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka bagi memastikan tanah wakaf dapat diwartakan tanpa dikenakan bayaran penilaian terhadap tanah tersebut.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Che Man, Norajila UNSPECIFIED Nordin, Rawi UNSPECIFIED Ab Hamid, Norafifah UNSPECIFIED Abd Wahab, Nor Azlina UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 601-611 |
Keywords: | Urustadbir; Harta wakaf; Melaka; Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20139 |