Persona komunikasi tipografi di dalam artifak kartografi / Wan Juria Emeih Wahed dan Ridzuan Hussin

Wahed, Wan Juria Emeih and Hussin, Ridzuan (2016) Persona komunikasi tipografi di dalam artifak kartografi / Wan Juria Emeih Wahed dan Ridzuan Hussin. In: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016, 27 & 28 December 2016, Universiti Teknologi MARA, Melaka.

[img]
Preview
Text
PRO_WAN JURIA EMEIH WAHED M 16.pdf

Download (2MB) | Preview

Abstract

Tipografi adalah seni memilih dan mengatur huruf. Tipografi yang terdapat di dalam peta adalah salah satu dokumen reka bentuk grafik yang mengandungi maklumat yang terhasil daripada kerja kerja kartografi. Kartografi pula adalah seni, ilmu pengetahuan dan teknologi tentang pembuatan peta. Tujuan utama peta dalam erti kata yang meluas ialah sebagai ejen komunikasi kepada pengguna peta. Dalam hal ini, peta merupakan satu sistem berkaitan dengan komunikasi kartografi. Pembuat peta atau kartografer, membekal dan menyebarkan maklumat spatial melalui kartografi kepada pengguna peta. Komunikasi ini dikenali sebagai komunikasi dalam kartografi. Komunikasi dalam kartografi banyak menggunakan simbol-simbol titik, garisan, keluasan beserta angka, huruf, warna, ton, corak dan lain-lain. Elemen-elemen visual ini direka dan digubah dengan berbagai cara mengikut keadaan pandangan visual (visual variables) dan boleh dilihat sebagai satu bahasa atau isyarat dalam komunikasi. Proses komunikasi ini, akan berjaya jika pembekal maklumat memberikan saluran yang difahami penerima dan penerima tersebut mampu menukarkarkan saluran itu kepada maksud dan kandungan maklumat yang boleh diertikan. Sementara maklumat, mestilah boleh menjawab keperluan dan kehendak pengguna. Oleh itu, pembuat peta, kartografer perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan pengalaman dalam memilih serta mereka bentuk simbol, tulisan, penghurufan dan juga pemilihan warna yang akan digunakan untuk dipersembahkan maklumat kepada pengguna peta. Oleh yang demikian, seorang kartografer bukan sahaja memerlukan pengetahuan intelektual malahan perlu ada ciri-ciri persepsi visual supaya dapat mencapai komunikasi grafik. Kartografi yang dihasilkan melalui pemilihan simbol grafik yang berkesan adalah penyumbang utama keberkesanan peta lama tersebut sebagai rujukan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
CreatorsEmail
Wahed, Wan Juria EmeihUNSPECIFIED
Hussin, RidzuanUNSPECIFIED
Subjects: N Fine Arts > N Visual arts (General) > General works > Technique, composition, etc. > General special. Including optical illusion and visual perception
N Fine Arts > NC Drawing. Design. IIlustration > Drawing for reproduction. Illustration > Map cover illustration
N Fine Arts > NK Decorative arts > Decoration and ornament. Design > Other arts and art industries > Alphabets. Calligraphy. Initials
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Faculty of Art and Design
Event Title: Empowering Local Mind In Art Design & Cultural Herritage 3rd ISME International Colloquium 2016
Event Dates: 27 & 28 December 2016
Page Range: pp. 381-391
Item ID: 20031
Uncontrolled Keywords: Tipografi; Kartografi; Komunikasi; Artifak; Grafik
Last Modified: 21 Sep 2018 12:39
Depositing User: Perpustakaan UiTM Cawangan Melaka UiTM Cawangan Melaka
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20031

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year