Pembangunan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) di Malaysia / Najahudin Lateh

Lateh, Najahudin (2016) Pembangunan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) di Malaysia / Najahudin Lateh. In: The Doctoral Research Abstracts. IGS Biannual Publication, 10 (10). Institute of Graduate Studies, UiTM, Shah Alam.

[img]
Preview
Text
ABS_NAJAHUDIN LATEH TDRA VOL 10 IGS 16.pdf

Download (634kB) | Preview

Abstract

Fenomena pelaburan emas pada masa kini memerlukan suatu garis panduan syariah yang spesifik dan komprehensif kerana terdapat ketidaksepakatan dalam kalangan ulama tentang hukum-hakam transaksi emas. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan instrumen Pelaburan Emas Patuh Syariah (iPEPS) yang standard berasaskan senario transaksi di Malaysia. Kajian ini menggabungkan kaedah kualitatif dan kuantitatif dengan menggunakan pendekatan kajian Reka bentuk dan Pembangunan oleh Richey & Klein (2007) yang diubah suai melalui tiga fasa; analisis, reka bentuk dan penilaian. Fasa pertama bertujuan untuk mengenal pasti kriteria yang diperlukan untuk membangunkan panduan patuh syariah yang komprehensif dalam pelaburan emas. Fasa kedua bertujuan untuk mereka bentuk konstruk iPEPS yang disepakati pakar muamalat sementara fasa ketiga menilai tahap kualiti kesahannya dan menghasilkan profil pelaburan emas. Kutipan data bagi fasa pertama, iaitu analisis melibatkan 56 pelabur emas dan tiga orang pakar dengan menggunakan set soal selidik dan temu bual berstruktur. Data bagi fasa ini dianalisis menggunakan nilai taburan frekuensi dan peratus serta transkripsi temu bual…

Item Type: Book Section
Creators:
CreatorsEmail
Lateh, NajahudinUNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HG Finance > Investment, capital formation, speculation
Divisions: Institut Pengajian Siswazah (IPSis) : Institute of Graduate Studies (IGS)
Series Name: IGS Biannual Publication
Volume: 10
Number: 10
Item ID: 20022
Uncontrolled Keywords: Abstract; Abstract of thesis; Newsletter; Research information; Doctoral graduates; IPSis; IGS; UiTM;
Last Modified: 11 Jun 2018 03:23
Depositing User: Staf Pendigitalan 5
URI: http://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20022

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year