Abstract
Masyarakat Chetti merupakan pedagang-pedagang kaya dari India yang belayar ke Kepulauan Melayu, khususnya di Melaka untuk menjalankan aktiviti perdagangan pada abad ke-15. Proses sosiolisasi yang berlaku samada dalam konteks hubungan perdagangan dan perkahwinan campur antara masyarakat Chetti dengan masyarakat tempatan telah mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai budaya tersendiri dan istimewa. Namun begitu, perkembangan dunia serba moden memungkinkan budaya dan adat resam sesebuah masyarakat itu berhadapan dengan perubahan yang boleh menghakis jatidiri masyarakat tersebut. Kajian ini bertujuan untuk meneliti sejauh mana pemeliharaan dan kelangsungan budaya dalam masyarakat ini dalam era globalisasi. Keseluruhan kajian ini menggunakan kaedah kualitatif menerusi analisis terhadap sumber primer dan sekunder. Kajian arkib, kajian dokumen dan temubual turut dilakukan bagi memastikan kesahihan setiap maklumat yang dikemukakan serta menilai fakta yang ada. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat Chetti masih aktif memelihara budaya mereka sendiri dan mampu mempertahankan jati diri masyarakat chetti tanpa berasimilasikan dengan masyarakat dominan. Pekara ini merupakan suatu keadaan yang amat positif bagi sebuah masyarakat yang berada dalam lingkungan golongan majoriti khususnya di Melaka. Implikasi kajian ini dapat mengetengahkan aspek budaya masyarakat Chetti di Malaysia dan memberikan kefahaman yang lebih komprehensif mengenai pemeliharaan warisan kebudayaan negara.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hashim, Siti Nurul Izza UNSPECIFIED Ab Hamid, Norafifah UNSPECIFIED Nordin, Rawi UNSPECIFIED Mohsan, Nor Rafedah UNSPECIFIED Mohd Fadzil, Muhammad Faidz UNSPECIFIED |
Subjects: | G Geography. Anthropology. Recreation > GN Anthropology > Ethnology. Social and cultural anthropology |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus |
Event Title: | 2nd International Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017) |
Event Dates: | 14-15 November 2017 |
Page Range: | pp. 209-221 |
Keywords: | Masyarakat Chetti Melaka, Pedagang India; Era globalisasi |
Date: | 2017 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/20014 |